selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Album 2016 Back to Top

Albums

Perhimpunan Bulanan Bil1_2016
MESYUARAT PENGARAH PTGS BERSAMA PENTADBIR TANAH DAERAH
Mesyuarat Berkaitan Status Pelaksanaan Sistem e-Charting
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PPT NT 27 DAN PENGUATKUASA
LAWATAN PENGAUDITAN PENGURUSAN TANAH KE PTD KUALA SELANGOR
Bengkel Audit Tanah
Pada 26 September 2016, Kelab Kebajikan Dan Sukan PTGS dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Selangor telah berjaya mengadakan Seminar yang bertajuk 'Land Acquisiton In Selangor : Implementatation & Rights' bertempat di Setia City Convention Centre. Seminar di rasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Dato' Amin Bin Ahmad Ahya dan dihadiri oleh tetamu-tetamu VIP.
Penyertaan seminar kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta para pelajar. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada peserta-peserta seminar. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang seminar ini berlangsung.
Syabas dan tahniah juga kepada semua pihak urusetia kerana bertungkus lumus dalam memastikan seminar ini berjaya diadakan.
Pada 17 Oktober 2016, telah berlangsungnya Mesyuarat Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bersama Pentadbir Tanah Daerah Negeri Selangor Bilangan 3/2016.
Mesyuarat telah diadakan di Setia City Convenction Centre.
Pada19 Oktober 2016, bertempat di Auditorium Jubli Perak, SUK Selangor, PTGS telah mengadakan Perhimpunan Bulanan PTGS Bilangan 4/2016.
Majlis Perhimpunan dihadiri oleh Pengarah Tanah Dan Galian Selangor, Tuan Ahmad Suadi bin Abdul Rahim serta Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pendaftaran serta kakitangan PTGS.
Perhimpunan kali ini dihoskan oleh Bahagian Hakmilik Strata. Menariknya pada perhimpunan kali ini, Bahagian Hakmilik Strata membuat kelainan dengan mengadakan 'Distress Activity' yang melibatkan semua warga kerja PTGS.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis perhimpunan berlangsung
Gambar-gambar latihan kawad mingguan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah, dan Teknikal PTGS.
Latihan kawad dipimpin oleh En. Tajul dan En. Farizal. Sesi latihan kawad pada kali ini turut disertai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa bersama dengan Penolong Pegawai Tanah, dan warga kerja bahagian berkenaan.
Sesi latihan diakhiri dengan sambutan hari lahir pegawai-pegawai dari Bahagian ini.
Sekitar Penyertaan Kontinjen Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor pada 12 Disember 2016 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H bertempat di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam.
Pada 19 Disember 2016 (Isnin), bertempat di Hotel Grand Bluewave Shah Alam telah diadakan Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia Bil.3/2016 (KHAS).
Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor selaku tuan rumah.
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya berbesar hati untuk turut hadir bersama di dalam majlis pada mesyuarat kali ini.
Sekitar Mesyuarat Persediaan PETANDA 2017 oleh biro-biro Kelab Kebajikan dan Sukan PTGS. Untuk makluman PTGS merupakan hos bagi Sukan PETANDA pada tahun 2017.
Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) telah mengadakan Program Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT Tahun 2016 pada 29 november 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Annex, SUK Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PTGS, Tuan Yusri bin Zakariah. Peserta yang terlibat dalam program ini adalah seramai 120 orang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan PTGS, Pejabat Daerah dan Tanah Selangor (PTD) serta Agensi Kerajaan Negeri Selangor.