selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Album 2019 Back to Top

Albums

Sesi Retreat dan Bengkel Halatuju Pentadbiran Tanah Negeri Selangor Tahun 2019 telah diadakan pada 17 - 19 Januari 2019 di Ipoh, Perak. Bengkel yang dipengerusikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Amin Bin Mohd Ahya dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Merangkap Pengarah UPEN, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah serta Pegawai-Pegawai dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk :- i. Menghargai sumbangan dan kejayaaan bagi pencapaian yang cemerlang oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pejabat Tanah Daerah Negeri Selangor bagi tahun 2018; ii. Menetapkan dan merancang sasaran KPI tahunan bagi kutipan hasil premium tahun 2019; iii. Merangka strategi dan perancangan dalam urustadbir pentadbiran Tanah Nageri Selangor; iv. Menambahbaik perancangan sedia ada selaras dengan peredaran masa dan kemajuan pembangunan yang mampan dan lestari ; dan v. Sesi Refreshment sebagai panduan bagi melaksanakan prosedur kerja pentadbiran tanah Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta Pejabat Tanah Daerah Negeri Selangor.
Pada 18-20 Feb 2019, telah diadakan satu Bengkel Audit Pengurusan Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Tahun 2019 bertempat di Hotel Aliya, Klang.
Pada 12 - 13 Februari 2019, telah diadakan Penggunaan Enterprise Portal Management System (EPMS) bertempat di Bilik Dahlia (Makmal Komputer), Jabatan Kerja Raya Selangor, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Antara objektif EPMS adalah: i) Memberi latihan teknikal kepada semua pentadbir modul Bahagian EPMS ii) Pengemaskinian Portal dapat dilakukan oleh setiap Bahagian masing-masing dan memastikan data yang dikemaskini adalah lebih tepat; dan iii) Pengemaskinian selaras kriteria pemantauan laman web oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Lawatan kerja daripada Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas dan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan pada 4 Mac 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang 2, PTGS. Semoga perkongsian mengenai isu-isu berkaitan pengurusan tanah ini membawa manfaat kepada kedua-dua negeri.
Pada 21-23 Februari 2019, PTGS telah menyertai Malaysia Technology EXPO 2019 yang bertempat di PWTC bagi Projek Smart Docket. Projek ini telah memenangi Gold Medal bagi kategori Public Service Innovation Awards 2019.
Pada 24 September 2019 bertempat di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Y.B Tuan Ng Sze Han selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru. Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bilangan 24 tahun 2019 bertarikh 21 Ogos 2019 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bilangan 25 tahun 2019 bertarikh 28 Ogos 2019 telah berbincang serta memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pemilik berdaftar tanah khususnya serta pengusaha kilang untuk menyertai program pemutihan ini dan telah diberi nafas baharu serta dinamakan sebagai Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor tempoh satu (1) tahun diberikan kepada pemilik berdaftar tanah untuk menghantarkan permohonan bagi memperbetulkan kategori syarat tanah mereka agar selari dengan aktiviti perindustrian yang dijalankan di atas tanah dengan insentif-insentif di dalam perincian program. Pemilik berdaftar tanah dan pengusaha kilang adalah digalakkan untuk mengambil peluang terakhir ini untuk memutihkan kembali tanah mereka agar selari dengan aktiviti sebenar yang diusahakan di atas tanah tersebut bagi mengelakkan dikenakan tindakan penguatkuasaan yang akan mula dikuatkuasakan selepas tamatnya satu (1) tahun Program ini iaitu dari bermula dari 1 Oktober 2019 dan akan tamat pada 30 September 2019.
Pada 14 OGOS 2019 (Rabu) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat telah menganjurkan Konvensyen Inovasi PTGS 2019 bertempat di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Konvensyen bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang itu telah di sertai oleh lapan kumpulan KIK daripada Pejabat daerah seluruh Selangor dan PTGS sendiri. Konvensyen pada kali ini telah diadili oleh para panel penilai yang bijaksana terdiri daripada Puan Norhayati Binti Idris daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, Encik Jaiya bin Abu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Melaka dan Encik Ismail bin Che Ani daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan EZEEGO dengan projek Carian Persendirian dan Carian Rasmi Luar Kaunter (e-CPCR) daripada Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam yang telah menjuarai konvensyen pada kali ini. Naib Johan telah dimenangi oleh Kumpulan DE’ STORE daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dengan projek Tatacara Pengeluaran Dan Pengambilan Barangan Stor. Manakala kumpulan SERVE4U dengan projek SISTEM SMART ADUAN daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang menduduki tempat ketiga. Bagi kategori dokumentasi terbaik pula telah dimenangi oleh kumpulan KANTAN daripada PTGS dengan projek SISTEM ADUAN FASILITI. Kategori Persembahan Kumpulan Terbaik telah dimenangi oleh kumpulan THE DEMESNE dengan projek “ Semakan Status Permohonan Tanah” – SSPT daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. Pada tahun ini juga, kategori kumpulan penyokong terbaik juga telah diadakan dan telah dimenangi oleh kumpulan penyokong daripada PTGS. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Haji Zul-kefli @ Zulkefli Bin Khalid, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor diiringi oleh Puan Elya Marini Binti Darmin, Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (Pengurusan). PTGS merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada para pemenang dan pihak MPKJ yang telah mengadakan pameran sepanjang konvensyen berlangsung serta kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Konvensyen Inovasi PTGS 2019.
Sekitar Sesi Ujian Kecerdasan bagi Pengambilan Pembantu Penguatkuasa yang telah dijalankan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Dataran Dewan Undangan Negeri SUK.
Pada 26/8/2019 Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengadakan lawatan tapak bagi melihat sempadan Negeri Selangor - Kuala Lumpur berhampiran kawasan pasar borong Selayang. Lawatan ini bagi melihat kawasan yang terlibat dengan persempadanan tersebut dengan lebih dekat lagi. Perincian dan kepadatan pembangunan dikawasan tersebut merupakan cabaran yang perlu dihadapi bagi menjayakan persempadanan tersebut dimuktamadkan kelak.
27/8/2019 - Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengadakan lawatan tapak bagi melihat sendiri kawasan yang terlibat dengan persempadanan di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak. Lokasi lawatan adalah disekitar Pekan Tanjung Malim, Perak. Lawatan ini disertai PTGS, PDT Hulu Selangor, Pihak JUPEM dan Pihak Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.
Kumpulan Mastery Land daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah menerima Anugerah Emas bersempena Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah RTex 2019 Wilayah Pantai Timur bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan yang berlangsung pada 30 Julai dan 1 Ogos 2019 yang lalu. Konvensyen ini adalah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur. Inovasi projek Smart Docket yang berimpak tinggi untuk mengatasi ketirisan hasil batuan Kerajaan Negeri ini berbeza dengan negeri lain, sistem itu dipantau secara ‘real time’, kamera litar tertutup (CCTV) dan aplikasi yang mengesahkan ketulenan dokumen. Sistem itu mampu meningkatkan hasil pendapatan negeri, mengelakkan potensi kecurian dan penggalian serta perlombongan pasir melebihi had dibenarkan.
/9/2019 - Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengadakan lawatan tapak bagi melihat sendiri kawasan yang terlibat dengan persempadanan di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak. Lokasi lawatan adalah disekitar Pulau Gandasuli, Daerah Sabak Bernam. Lawatan bermula dengan sedikit taklimat di Balai Penghulu Mukim Sungai Panjang sebelum lawatan tapak di sekitar Pulau Gandasuli. Lawatan ini disertai PTGS, PDT Sabak Bernam, Pihak JUPEM (Ibupejabat) dan JUPEM Selangor dan Jabatan Pengairan Saliran Sabak Bernam.
Kumpulan SJ LAND yang merupakan gabungan warga kerja Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019. Kumpulan SJ LAND telah membuat persembahan pada 11 september 2019 di Dewan Jubli Perak dengan membawa projek
Tahniah pasukan KIK Mastery Land yang mewakili PTGS telah mendapat 5 Bintang, Naib Johan kategori Sektor Awam Negeri, dan 20 Kumpulan Terbaik bagi Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition 2019.Terima Kasih kepada seluruh anggota Jabatan yang terlibat secara langsung dan Pengurusan Tertinggi PTGS terutama Pengarah Tanah Galian Selangor; Dato Zulkefli,YAB Dato Menteri Besar beserta YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong PTGS di dalam menjayakan dan membudayakan inovasi di Negeri Selangor.Sekalung tahniah sekali lagi diucapkan!
HARI ICT DAN INOVASI PTGS 2019
31/10/2019 – PTGS melalui Bahagian Teknologi Maklumat berkolaborasi bersama Bahagian Korporat, Audit Pengurusan Tanah dan Inovasi telah menganjurkan Hari ICT dan Inovasi PTGS yang berlangsung di Foyer SUK bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Program dimulakan dengan pendaftaran secara digital menggunakan system “QR code” yang menarik minat warga kerja PTGS dan Pejabat Daerah dan Tanah yang hadir. Ucapan dan perasmian sambutan Hari ICT dan Inovasi PTGS pada hari ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Haji Zul-kefli @ Zulkefli Bin Khalid, Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah inovasi kepada Pemenang Konvensyen Inovasi PTGS 2019 yang lalu. Dato’ Pengarah juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Explorace PTGS 2019 yang telah berlangsung pada 11 oktober yang lalu.
Program diteruskan dengan taklimat daripada Tuan Insp Clement Loh (Penceramah daripada PDRM) yang bertajuk Kesedaran Jenayah Siber.
Seterusnya, acara kuiz secara atas talian telah diadakan bagi menguji tahap kepantasan dan kesedaran ICT para hadirin. Kuiz yang dijalankan sebanyak dua pusingan itu telah disertai hampir kesemua hadirin.
Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah acara Lucky Draw yang menawarkan hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin yang hadir dan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pihak urusetia yang telah menganjurkan program tersebut.
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Apresiasi PTGS 2019 yang telah diadakan pada 1Julai 2019 di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak.
LAWATAN MELALUI UDARA BAGI PENGUKURAN BAGI KAWASAN PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN DI ANTARA NEGERI SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN DI BUKIT BROGA SEMENYIH. Pada 18 Jun 2019, PTGS dengan kerjasama strategik bersama Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia telah melakukan lawatan udara bagi kawasan penandaan dan pengukuran sempadan di antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan di Bukit Broga Semenyih menggunakan pesawat helikopter AW139 Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia. Lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan disusuli dengan taklimat keselamatan penerbangan oleh co-pilot Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia. Lawatan udara bagi mengenalpasti jajaran sempadan di antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan tersebut merangkumi jarak sejauh 42.1km daripada jarak keseluruhan sepanjang 106.1km. Penerangan dari udara telah diberikan oleh pihak Jupem sepanjang penerbangan. PTGS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di atas kerjasama dan ehsan penerbangan yang diberikan.
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah menjadi hos MAJLIS RAPAT RAMADAN PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS pada 17 Mei 2019. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi itu dimulai dengan Nyanyian Lagu
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah diiktiraf atas pencapaian Amalan Terbaik Pengumpulan Data Tanah Rizab Melayu oleh YAB TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah usai Mesyuarat Majlis Tanah Negara sebentar tadi.

Syabas Pejabat Tanah & Galian Selangor di atas pencapaian ini !
Pada 16 April 2019, Pengarah Tanah dan Galian Selangor bersama beberapa orang pegawai daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengadakan lawatan teknikal ke atas pembangunan tanah di Pulau Indah, Klang. Lawatan dimulakan dengan taklimat berkenaan pembangunan Pulau Indah. Seterusnya, lawatan menyelusuri Sungai Selat Lumut menaiki bot bagi melihat lebih dekat kawasan yang terlibat.
Dato’ Pengarah juga berkesempatan untuk melawat kapal laut yang telah ditahan atas kesalahan berkaitan kecurian pasir laut untuk melihat sendiri keadaan kapal tersebut. 
Setelah itu, lawatan diteruskan di bahagian darat Pulau Indah meliputi kawasan pembangunan industri dan pembangunan bercampur sebelum mengakhiri lawatan pada jam 2.30 petang.
Lawatan Jawatankuasa Pasukan Audit Dalaman Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah PTGS Ke Pejabat Tanah Daerah Sepang ( 9 - 11 April 2019)
Bengkel Inovasi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Tahun 2019 telah diadakan di Klang, Selangor mulai 13 hingga 15 Mac 2019. Antara objektif Bengkel Inovasi ialah; 1) Membangkitkan gaya berfikir yang menyeluruh dan secara kritis dalam penghasilan idea yang kreatif dan inovatif; 2) Memberi pendedahan teknik, strategi dan kategori inovasi untuk memberi kefahaman dan ilmu mengenai inovasi; 3) Menggalakkan persaingan yang sihat dan menonjolkan ketrampilan diri dalam kalangan warga PTGS dan PDT; dan 4) Menggalakkan warga PTGS dan PDT membuat penambahbaikan yang berterusan dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Bengkel ini telah dihadiri oleh kesemua wakil Pejabat Tanah di seluruh Negeri Selangor dan warga PTGS.
Pada 20 Februari 2019 bertempat di Auditorium Dewan Annex Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor telah menerima lawatan daripada Ibu Pejabat Tanah dan Servei Sarawak (JTS) bagi perkongsian maklumat bersama Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Rombongan delegasi diketuai oleh Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Penolong Pengarah Tanah, JTS Sarawak bersama sembilan(9) orang pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survey Sarawak daripada pelbagai Seksyen dan lima orang pegawai daripada Sarawak Information System Sdn.Bhd. (SAINS). Objektif lawatan adalah seperi berikut; 1) Untuk membuat perbandingan di antara Akta Hakmilik Strata 1985 dgn Ordinan Hakmilik Strata 1995. 2) Perkongsian maklumat mengenai sistem aplikasi yang digunapakai dalam proses pendaftaran dan pengeluaran surat hakmilik strata. 3) Mendapatkan pendedahan berhubung jenis dan skim surat hakmilik strata 4) Memahami proses pendaftaran dan pengeluaran Sijil Perbadanan Pengurusan dan Perbadanan Pengurusan Subsidiari.