selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Dasar 100 Hari

 

UNIT TUKAR SYARAT

MEKANISME PEMBAYARAN DEPOSIT PREMIUM BAGI TUJUAN KELULUSAN PEMBANGUNAN TANAH KE ARAH MENCAPAI DASAR KELULUSAN 100 HARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tujuan:

Melalui mekanisme ini, permohonan Pelan Bangunan (PB) dan Pelan Infrastruktur (PI) boleh dikemukakan setelah bayaran deposit premium dijelaskan.

Kelulusan Pembangunan tanah ke arah mencapai Dasar Kelulusan 100 hari Kerajaan Negeri Selangor dapat memberi peluang kepada pelabur yang berkemampuan dari segi kewangan dan kebolehupayaan untuk melaksanakan projek dalam masa yang singkat dan kerja-kerja tanah dapat dimulakan dengan lebih awal setelah kelulusan diperoleh.

 

Tatacara Proses Permohonan:

  1. Permohonan dikemukakan kepada PTGS dalam tempoh 10 hari waktu bekerja daripada tarikh permohonan KM dikemukakan kepada One Stop Centre (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut akan ditolak.
  2. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan berserta maklumat pemohon, pelan susun atur atau pelan pra-hitungan dan carian rasmi hak milik. (seperti senarai semak)
  3. PTGS akan memohon nilaian tanah awal dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) untuk menentukan kadar bayaran deposit premium yang akan dikenakan. Nilaian tanah perlu dikemukakan oleh JPPH dalam tempoh 14 hari kepada PTGS.
  4. Setelah nilaian tanah awal dari JPPH diperoleh, pengiraan pembayaran deposit premium akan dibuat berdasarkan Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (KTS).
  5. Jumlah bayaran deposit premium akan diluluskan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor dan PTGS akan mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon untuk menjelaskan bayaran deposit premium di PDT yang terlibat.
  6. Setelah PDT menerima bayaran deposit premium, resit bayaran akan dikeluarkan untuk makluman kepada PBT bagi membolehkan permohonan PB dan PI dikemukakan dan diluluskan.
  7. Pemohon boleh memulakan kerja-kerja tanah dan pembinaan setelah kelulusan KM, PB dan PI diperoleh dari PBT.

 

Pengiraan dan Kaedah Bayaran Deposit Premium Tanah:

Pengiraan pembayaran deposit premium akan dikenakan seperti berikut:-

150% x Kadar premium tanah mengikut Kaedah- Kaedah Tanah Selangor (KTS)

Bayaran deposit premium perlu dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh surat kelulusan diterima melalui bank draf atas nama Bendahari Negeri Selangor dan akan dimasukkan dalam akaun deposit.

 

Fi Permohonan:

Tiada

 

Peruntukan Seksyen:

Seksyen 124A, 204B atau 197 & 76 Kanun Tanah Negara.

 

Kuasa Meluluskan Permohonan:

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor

 

Rujukan:

Pekeliling PTGS Bil. 1/ 2020


Kemaskini pada 2021-11-01 11:49:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page