Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
     PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Soalan Lazim - Bahagian Pendaftaran Hakmilik

S: Bagaimanakah cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang pindahmilik Tanah) ?
J: Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan , disamping cara-cara pengisian tertentu. Setiap pengisian borang , peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual Kanun Tanah Negara hendaklah dipatuhi. Suratcara yang telah diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang yang berkaitan itu sendiri bagi kes-kes yang melibatkan syarikat atau perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah perlembagaan atau undang-undang syarikat atau perbadanan yang berkaitan untuk berbuat demikian
Semua suratcara yang dilaksanankan oleh orang perseorangan hendaklah diakusaksikan (attested) oleh pegawai-pegawai yang tercatit di dalam jadual kelima Kanun Tanah Negara dan bagi kes syarikat dan perbadanan adalah tertakluk kepada yang diperuntukan di dalam undang-undang masing-masing.
Semua suratcara yang telah disempurnakan hendaklah disetemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 dan diserahkan ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk didaftarkan.
Selain daripada itu, dokumen –dokumen iringin perlu disertakan dan bayaran-bayaran tertentu perlu dijelaskan.

S: Siapakan yang boleh membuat penyaksian?
J: Penyaksian adalah tertakluk kepada Jadual Kelima (Seksyen 211) Kanun Tanah Negara

S: Bagi Tanah Rizab Melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?
J: Penyaksian bagi hakmilik Rizab Melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Daerah sahaja.

S: Adakah setiap urusan Pindahmilik memerlukan pengesahan Biometrik?
J: Tidak, hanya perserahan nilaian harta melebihi RM5 Juta sahaja memerlukan pengesahan biometrik dan temujanji melalui QR kod perlu dibuat terlebih dahulu untuk urusan tersebut.

S: Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?
J: Tidak, Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat kekal berwarna hitam atau biru hitam.

S: Bolehkan perubahan boleh dibuat pada borang suratcara?
J: Perubahan boleh dibuat sebanyak tiga kali pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas.

S: Bolehkan Pejabat Tanah menerima perserahan yang tidak lengkap?
J: Perserahan yang tidak lengkap akan ditolak tetapi borang yang sama masih boleh digunakan untuk perserahan semula
 
S: Apakah berbezaan antara HS(D)/ Pajakan Negeri/Geran dan HS(M)/Pajakan Mukim/Geran Mukim?
J:
HS(D) /Pajakan Negeri/Geran Hakmilik Tanah Bandar dan dipengang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri (Pejabat Tanah dan Galian Selangor)
 
HS(M)/Pajakan Mukim/Geran Mukim Hakmilik Tanah Desa yang dipegangan oleh Pentadbir Tanah (Pejabat Daerah dan Tanah)
 
 
S: Apakah perbezaan Carian rasmi dan Carian persendirian?
J:
Carian rasmi Carian untuk memeriksa , mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik , buku serahan atau buku pembetulan atau apa-apa urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar
 
Carian persendirian Carian untuk memeriksa,mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar
 
 
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Salinan Diakui sah atau CTC?
J : Pengeluaran salinan sah bagi dokumen Suratcara Urusniaga, Bukan Urusniaga, Hakmilik dan pelan DHDK yang diperakui dengan ditandatangani dan disahkan oleh pendaftar

S: Bagaimanakan cara untuk menukar alamat ?
J: Permohonan pertukaran alamat perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

INDIVIDU
i. Borang 26A yang telah lengkap diisi;
ii. Tandatangan Penama mengikut dalam hakmilik, sekiranya ada dua (2) nama kedua-dua penama perlu menandatangani borang tersebut (nyatakan Nama dan No. Kad Pengenalan di bawah tandatangan);
iii. Salinan Kad Pengenalan beserta No.Telefon & E-mel; dan
iv. Salinan Cukai Tanah.

(Contoh : Panduan Pengisian Borang 26A (Individu))
(Contoh : Salinan Nombor Kad Pengenalan, No telefon dan Email)
 
 
SYARIKAT
i. Borang 26A yang lengkap diisi perlu ditandatangani oleh dua (2) Orang iaitu satu (1) Pengarah dan satu (1) Setiausaha. Nyatakan Nama, No. Kad Pengenalan serta Cop Mohor Syarikat (COMMON SEAL);
ii. Borang 49 (FORM 49)/ Carian SSM - perlu disahkan dan disertakan No.Telefon & E-mel; dan
iii. Salinan Cukai Tanah.

(Contoh : Panduan Pengisian Borang 26A (Syarikat))

SEMAKAN
Sebarang semakan alamat  pada cukai tanah terkini, sila ke laman sesawang berikut :
https://ehasil.selangor.gov.my
 
Penghantaran Borang 26A yang lengkap beserta dokumen-dokumen mengikut Senarai Semak tersebut hendaklah dihantar mengikut milikan hakmilik hartanah. Bagi bentuk hakmilik bermula dengan (HSD, PN, GERAN) bolehlah dihantar secara HADIR SENDIRI atau POS kepada:-

Unit Pertukaran Alamat
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
Tingkat LG, Bangunan SSAAS
40576 SHAH ALAM
Selangor Darul Ehsan



Manakala, bagi bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan (HSM, GM, PM) permohonan bolehlah dihantar terus ke kaunter Unit Pendaftaran Hakmilik, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) berkaitan secara POS atau HADIR SENDIRI.

Kemaskini pada 2021-08-03 10:41:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Whatsapp 
(Saluran Aduan): +6019-220 7847 
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor