selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Info Cukai Petak


"TAHUKAH ANDA MENGENAI CUKAI PETAK?

Pengenaan cukai petak hakmilik strata di negeri Selangor yang telah dilaksanakan adalah secara jelas merujuk kepada subseksyen Seksyen 23c(8) Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] di mana cukai bagi petak hakmilik strata atau blok sementara hakmilik strata hendaklah dikira berdasarkan kadar meter persegi bagi setiap petak, atau petak dan petak aksesori, atau blok sementara.

Berdasarkan seksyen tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti wujud peningkatan cukai yang amat mendadak sekiranya cukai petak ini dilaksanakan. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melalui Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Bilangan 4/2018 bertarikh 7 Februari 2018 dengan menetapkan bagi pembangungan skim strata berstatus kos rendah, kadar cukai petak adalah 70% daripada kadar cukai tanah mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 dengan bayaran kadar minimum tertentu. Sebagai contoh bagi daerah Petaling untuk tanah jenis bandar, kadar minimum cukai petak ialah RM16.00 bagi kategori kediaman kos rendah yang mempunyai sijil perakuan skim pembangunan kos rendah dan RM32.00 bagi kategori perniagaan.

Bagi pembangunan berstrata selain kos rendah, kadar cukai petak adalah 25% daripada kadar cukai tanah mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 dengan bayaran kadar minimum tertentu. Contohnya bagi daerah Petaling untuk tanah jenis bandar, kadar minimum ialah RM40.00 bagi kategori kediaman dan RM80.00 bagi kategori perniagaan. 

Mengikut Garis Panduan Perancangan Pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment) yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 30/2010 serta telah disahkan oleh MMKN ke 31/2010 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 3/2010 pada 22 Jun 2010 menjelaskan konsep pembangunan pangsapuri perkhidmatan adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan expatriate bagi tempoh jangka masa yang pendek dan sebagai alternatif kepada hotel. Garis panduan ini juga mendefinisikan pangsapuri perkhidmatan adalah satu konsep pembangunan komersil yang bercirikan kediaman yang disediakan dengan pakej-pakej perkhidmatan tertentu bagi setiap unit. Ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan ini adalah menjurus kepada perniagaan dan bagi mendapatkan keuntungan. Bagi cukai petak pangsapuri perkhidmatan, hakmilik yang dikeluarkan adalah berdasarkan syarat nyata tanah perniagaan. Semua permohonan pembangunan berstrata bagi pangsapuri perkhidmatan adalah di bawah syarat nyata tanah perniagaan. Oleh yang demikian, cukai petak yang dikenakan haruslah mengikut syarat nyata tanah tersebut. Perkara ini juga telah dijelaskan dalam Pekeliling PTGS Bilangan 4 tahun 1998 iaitu penyeragaman syarat nyata tanah dan sekatan kepentingan yang terkandung dalam dokumen hakmilik yang menyatakan pembangunan pangsapuri perkhidmatan adalah di bawah tujuan perniagaan. lni berbeza dengan pembangunan di bawah tujuan rumah pangsa, apartmen atau pangsapuri yang sebahagian besar dimiliki oleh golongan B40 di mana cukai yang dikenakan adalah di bawah syarat dan kategori kediaman dan lebih murah berbanding syarat nyata tanah perniagaan. Pembangunan seperti ini adalah 100% kediaman dan tiada tujuan perniagaan atau komersil wujud di dalam pembangunan sedemikian.

Dimaklumkan juga bahawa, pembayaran bil cukai petak boleh dilakukan di Pejabat Daerah dan Tanah dalam negeri Selangor atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor sama ada secara tunai, kad kredit atau bank draf. Pembayaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) melalui https://ehasil.selangor.gov.my, semua kaunter atau kiosk bayaran Pihak Berkuasa Tempatan dan di mana-mana Pejabat Pos seluruh Malaysia.”


 

INFORMASI TAMBAHAN


Kemaskini pada 2019-09-23 12:31:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page