selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Taskforce Dan Penyelidikan

S : apakah itu SELIS ?

 

J : SELIS adalah singkatan daripada Selangor land information system. Ia adalah maklumat tanah dalam format GIS (sistem maklumat geografi) yang dikemaskini oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan dikawalselia oleh Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.

 

S : Adakah saya boleh mendapatkan maklumat inventori tanah yang telah dilucuthak di kawasan saya?

 

J : Tidak boleh. Inventori ini hanya digunapakai untuk rujukan dalaman.

 

S : Adakah saya boleh menyemak maklumat tanah kerajaan di dalam sistem SELIS?

 

J : Tidak boleh. Ini kerana, lapisan data dalam sistem SELIS digunapakai oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan penguatkuasaan dan pemantauan tanah kerajaan.

 

S : Bagaimana cara untuk mendapatkan khidmat teknikal perancangan bandar bagi projek pembangunan?

 

J : Semakan teknikal berkenaan perancangan bandar adalah perlu dirujuk kepada pihak Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

 

S : Apakah itu anggaran kasar nilaian tanah?

 

J : Anggaran kasar nilaian tanah bermaksud anggaran awal yang dikeluarkan sebelum nilaian sebenar dari Jabatan Perkhidmatan Dan Penilaian Harta (JPPH) diperolehi dan ia hanya boleh digunakan     untuk semakan awal bagi sesuatu urusan tanah untuk kegunaan Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.


Kemaskini pada 2019-04-11 15:12:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page