selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Perundangan

Pewartaan tanah bagi maksud awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, 1965
S Bagaimana ingin mendapatkan salinan bersih warta?
J Salinan kali pertama dibekalkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan salinan seterusnya boleh dibeli di Percetakan Nasional  Berhad
   
Pembatalan pewartaan tanah di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara, 1965
S Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk memproses permohonan pembatalan pewartaan? 
J Lebih kurang 3 bulan. 
S Proses permohonan?
J Permohonan dibuat melalui Pejabat Daerah dan Tanah dan Bahagian Perundangan PTGS seterusnya mengangkat permohonan tersebut untuk pertimbangan Menteri Besar.  Satu Siasatan akan diadakan dan seterusnya pewartaan pembatalan akan dicetak keluar.
   
Pewartaan di bawah Jadual Kedua dan Ketiga Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
S Apakah perbezaan antara permohonan pewartaan di bawah Jadual Kedua dan pewartaan di bawah Jadual Ketiga?
J Pewartaan Jadual Kedua adalah bagi permohonan untuk pemegang gadaian bagi tanah Rizab Melayu. Pewartaan Jadual Ketiga adalah bagi permohonan untuk menerima pindahmilik tanah rizab Melayu.
   
S Adakah pemohon perlu mengisi Borang Permohonan?
J Tidak perlu. 
Sila rujuk senarai semak yang boleh dimuat turun di Portal Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
   
S Berapakah tempoh masa memproses permohonan?
J Lebih kurang 2 bulan. 
   
S Apakah yang harus dilakukan oleh pemohon sekiranya permohonan Pemohon ditolak?
J Pemohon perlu membuat permohonan semula.
 
SOALAN LAZIM UNTUK PENGESAHAN STATUS MELAYU (INDIVIDU) BAGI MEMILIKI TANAH RIZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR
S Apakah tafsiran Melayu yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menentukan status Melayu seseorang?
J Untuk Negeri Selangor, tafsiran Melayu adalah meliputi semua perkara berikut :
  1. Peruntukan Perkara 160 fasal 2 Perlembagaan Persekutuan 
“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan;
  1. Lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan , atau pada hari Merdeka itu adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
  2. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
  2. Peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan 
“Melayu” termasuklah seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud-maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri di mana ia bermastautin.
 
Undang-undang tanah negeri yang dimaksudkan oleh Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan itu ialah keenam-enam ERM yang berkuatkuasa di Semenanjung kini dimana tiap-tiap ERM itu memberikan tafsiran “Melayunya” sendiri.
  3. Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri Melayu Bersekutu (NMB) Bab 142 
“Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Malayan” yang lazim bertutur dalam bahasa Melayu atau mana-mana bahasa “Malayan” dan menganut agama Islam.
 
S Siapakah pihak yang menentukan status Melayu seseorang untuk membeli atau memiliki Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor?
J Pengesahan status Melayu untuk memiliki atau membeli tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 20 Enakmen Rizab Melayu iaitu segala keraguan berkenaan status Melayu hendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk dibuat keputusan dan tiap-tiap keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh mana-mana Mahkamah.
S Berapa lamakah proses permohonan?
J Proses permohonan adalah lebih kurang sebulan (30 hari bekerja) dari tarikh bayaran dibuat dan dokumen telah lengkap selepas semakan.
S Berapakah bayaran proses permohonan?
J Bayaran proses permohonan adalah Rm10 bagi setiap permohonan.
   
SOALAN LAZIM UNTUK PENGESAHAN STATUS BUMIPUTERA (INDIVIDU)
S Siapakah yang boleh dikategorikan sebagai bumiputera di Negeri Selangor?
J Untuk Negeri Selangor, kelayakan individu untuk memiliki hartanah di bawah kuota Bumiputera adalah terdiri daripada :
  1. Orang Melayu di bawah Perkara 160 (2), Perlembagaan Persekutuan.
  2. Anak Negeri Sabah di bawah Perkara 161A (6)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 (1) Interpretation ( Definition of Native) Ordinance Sabah (Sabah Cap. 64).
  3. Anak Negeri Sarawak di bawah Perkara 161A (6) (a) dan 161A (7) Perlembagaan Persekutuan.
  4. Orang Asli Semenanjung Malaysia di bawah Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).
  (Rujukan : Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bil. 5/2010.)
   
S Berapa lamakah proses permohonan?
J Proses permohonan adalah 14 hari bekerja dan tempoh bermula apabila bayaran telah dibuat dan dokumen telah lengkap selepas semakan.
   
S Berapakah bayaran proses permohonan?
J Bayaran proses permohonan adalah Rm10 bagi setiap permohonan.
   
S Adakan keturunan Eurasian/Portugis dan Siam berstatus Bumiputera?
J Berdasarkan Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bil 5/2010, keturunan Eurasian/Portugis dan Siam tidak termasuk sebagai Bumiputera di dalam pemilikan hartanah di bawah kuota Bumiputera di Negeri Selangor. Walaupun mereka layak memiliki simpanan atau layak membeli Amanah Saham Bumiputera (ASB) namun kelayakan tersebut tidak dengan sendirinya melayakkan mereka mendapatkan keistimewaan lain yang diberikan kepada kaum Bumiputera di Negeri Selangor.
   
S Adakah India Muslim atau Cina Muslim yang telah memeluk agama Islam dan menukar nama kepada nama Melayu layak diiktiraf sebagai Bumiputera?
J Warganegara Malaysia yang berketurunan India atau Cina yang telah memeluk agama Islam serta menukar nama kepada nama Melayu dan mengamalkan adat istiadat orang Melayu, tidak dengan sendirinya, memberi seseorang itu status Bumiputera di Negeri Selangor.
   

Kemaskini pada 2019-01-10 16:14:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page