selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Perundangan

Pewartaan tanah bagi maksud awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara [Akta 828]
S Bagaimana ingin mendapatkan salinan bersih warta?
J Salinan kali pertama dibekalkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan salinan seterusnya boleh dibeli di Percetakan Nasional  Berhad
   
Pembatalan pewartaan tanah di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara [Akta 828]
S Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk memproses permohonan pembatalan pewartaan? 
J Lebih kurang 6 bulan. 
S Bagaimanakah proses permohonan dijalankan?
J
  1. Permohonan diterima melalui Pejabat Daerah dan Tanah.
  2. Pentadbir Tanah Daerah akan menyediakan Kertas Ringkasan untuk pertimbangan Dato' Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS).
  3. Kertas Ringkasan akan disediakan oleh Dato' Pengarah PTGS melalui Bahagian Perundangan untuk pertimbangan kelulusan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor (YAB Dato' MB) tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan teratur diterima.
  4. Bahagian Perundangan akan menyediakan Deraf Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah Negeri bagi Maksud Awam dan selanjutnya deraf tersebut akan disemak oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor (Kamar PUU). Notis Cadangan tersebut akan diangkat untuk pertimbangan kelulusan YAB Dato' MB sebelum diwartakan oleh PNMB.
  5. Pendengaran Siasatan akan diadakan setelah Borang 2A (Notis mengenai Siasatan) diserahkan kepada pihak berkepentingan dan juga setelah Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah Negeri bagi Maksud Awam diwartakan.
  6. Bahagian Perundangan akan menyediakan Deraf Pembatalan Perizaban Tanah Negeri bagi Maksud Awam dan selanjutnya deraf tersebut akan disemak oleh Kamar PUU. Pembatalan Perizaban tersebut akan diangkat untuk pertimbangan kelulusan YAB Dato' MB sebelum diwartakan oleh PNMB.
  7. Bahagian Perundangan akan mengembalikan semula fail permohonan beserta salinan warta Pembatalan Perizaban Tanah Negeri bagi Maksud Awam yang diterima daripada PNMB kepada Pentadbir Tanah untuk tindakan selanjutnya. 
   
Pewartaan di bawah Jadual Kedua dan Ketiga Enakmen Rizab Melayu (Selangor) (ERM)
S Apakah perbezaan antara permohonan pewartaan di bawah Jadual Kedua dan pewartaan di bawah Jadual Ketiga, ERM?
J Perbezaan permohonan adalah seperti jadual di bawah:
 
Bil. Perkara Jadual Kedua Jadual Ketiga
1. Tujuan Permohonan pewartaan untuk membolehkan syarikat menjadi pemegang gadaian bagi Tanah Rizab Melayu Permohonan pewartaan untuk membolehkan syarikat menerima pindahmilik Tanah Rizab Melayu
2. Kelulusan Permohonan akan diangkat untuk kelulusan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor Permohonan akan diangkat untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (Keputusan MMKN 28/2014 pada 23 Julai 2014)
3. Rujukan Seksyen 17 Enakmen Rizab Melayu (Selangor) Seksyen 2 dan Seksyen 7 Enakmen Rizab Melayu (Selangor)

 

S Adakah pemohon perlu mengisi Borang Permohonan?
J Pemohon tidak perlu mengisi Borang Permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan sebagaimana senarai semak bagi permohonan yang boleh dimuat turun di Portal Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
   
S Berapakah fi bayaran bagi permohonan ini?
J

RM 200 bagi setiap permohonan. Permohonan hanya akan diproses selepas pembayaran lengkap dilakukan oleh Pemohon dan penerimaan dokumen yang lengkap.

   
S Adakah dokumen yang dihantar oleh Syarikat perlu mendapat pengesahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
J Ya, semua dokumen Syarikat yang berkaitan perlu diakui sah secara digital oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai kod QR yang sah sepertimana dinyatakan dalam senarai semak bagi permohonan Jadual Kedua / Jadual Ketiga ERM.
   
S Adakah Perlembagaan Syarikat Pemohon diperlukan dalam permohonan ini?
J Ya.
   
S         Bagaimanakah proses dan tempoh masa kelulusan permohonan?
J

Terdapat 2 peringkat proses permohonan:

1. Kelulusan

Surat kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari bekerja daripada penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap serta setelah diluluskan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor (bagi Jadual Kedua ERM) / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (bagi Jadual Ketiga ERM).

2. Pewartaan

Surat makluman berserta warta bersih hanya boleh diperoleh selepas:- i) selesai semakan draf oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri; ii) draf bersih ditandatangani oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor; dan iii) penerbitan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.

   
S

Bilakah syarikat boleh dianggap sebagai syarikat pegangan Melayu/ syarikat Melayu dan boleh memegang gadaian (Jadual Kedua) dan menerima pindahmilik Tanah Rizab Melayu (Jadual Ketiga)?

J         Setelah penyenaraian nama syarikat dalam Jadual Kedua / Jadual Ketiga ERM diterbitkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.
   
       Bagaimana Pemohon boleh mengetahui status keputusan permohonan tersebut?
J Pemohon boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 03-55447570 dan/atau e-mel kepada noor.faezah@selangor.gov.my
   
SOALAN LAZIM UNTUK PENGESAHAN STATUS MELAYU (INDIVIDU) BAGI MEMILIKI TANAH RIZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR
S Apakah tafsiran Melayu yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menentukan status Melayu seseorang?
J Untuk Negeri Selangor, tafsiran Melayu adalah meliputi semua perkara berikut :
  1. Peruntukan Perkara 160 fasal 2 Perlembagaan Persekutuan 
“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan;
  1. Lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan , atau pada hari Merdeka itu adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
  2. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
  2. Peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan 
“Melayu” termasuklah seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud-maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri di mana ia bermastautin.
 
Undang-undang tanah negeri yang dimaksudkan oleh Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan itu ialah keenam-enam ERM yang berkuatkuasa di Semenanjung kini dimana tiap-tiap ERM itu memberikan tafsiran “Melayunya” sendiri.
  3. Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri Melayu Bersekutu (NMB) Bab 142 (ERM)
Berdasarkan seksyen 2 ERM, “Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Malayan” yang lazim bertutur dalam Bahasa Melayu atau mana-mana bahasa “Malayan” dan menganut agama Islam.
 
S Siapakah pihak yang menentukan status Melayu seseorang untuk membeli atau memiliki Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor?
J Pengesahan status Melayu untuk memiliki atau membeli tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 20 Enakmen Rizab Melayu iaitu segala keraguan berkenaan status Melayu hendaklah dirujuk kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk dibuat keputusan dan tiap-tiap keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh mana-mana Mahkamah.
S Berapa lamakah proses permohonan?
J Proses permohonan adalah lebih kurang sebulan (30 hari bekerja) dari tarikh bayaran dibuat dan dokumen telah lengkap selepas semakan.
S Berapakah bayaran proses permohonan?
J Bayaran proses permohonan adalah Rm10 bagi setiap permohonan.
   

Kemaskini pada 2024-03-20 12:06:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page