selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Penguatkuasaan, Pengambil Tanah & Teknikal - Unit Teknikal (Seksyen Kilang Haram)

PELAKSANAAN DASAR & PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM DI NEGERI SELANGOR

 

Perkara-Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Pemilik Tanah / Pengusaha Kilang Haram

 

Apakah Definisi Kilang Haram?

 

Kilang haram boleh didefinisikan seperti berikut:-

 

1. Kilang yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin (setinggan);

2. Kilang yang dibina di atas tanah milik yang kategori pertanian (syarat tanah belum diubah);

3. Kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau bangunan perniagaan; dan

4. Kilang yang beroperasi tiada lessen perdagangan PBT.

 

Apakah yang diklafikasikan sebagai kilang haram mengikut jenis-jenis industri?

Kilang-kilang haram diklafikasikan kepada tujuh (7) jenis industri berasaskan aktiviti yang dijalankan seperti yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu:-

 

1. Perkhidmatan dan membaiki barangan isi rumah;

2. Perkhidmatan dan membaiki kenderaan serta alat-alat perkilangan;

3. Kemudahan stor;

4. Industri ringan;

5. Industri berasaskan sumber;

6. Industri intensif modal; dan

7. Industri merbahaya.

 

Apakah Peraturan Semasa Pemulihan Kilang Haram?



  • Menurut Kanun Tanah Negara 1965, apabila berlaku perlanggaran syarat kegunaan tanah, pemilik tanah akan diminta memulihkan pelanggaran tersebut. Lazimnya, pemilik tanah memilih untuk menukar syarat kegunaan tanah samada di bawah seksyen 124(I)(a) dan (c) atau seksyen 124A atau seksyen 204A Kanun Tanah Negara. Setiap permohonan tukar syarat tanah akan dikenakan bayaran fi seperti yang ditetapkan di bawah kaedah 21, Kaedah-Kaedah Tanah Selangor 2003;


  • Permohonan tukar syarat tanah perlu dibuat melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan;

  • Pejabat Tanah Daerah akan mengeluarkan Notis 5A atau 7G bagi bayaran premium dan mengenakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Jumlah premium yang dikenakan adalah berdasarkan jenis industri iaitu industri ringan 20% industri sederhana 25% dan industri berat 30% daripada nilaian tanah semasa mengikut kaedah 11, Kaedah-Kaedah Tanah Selangor 2003;

  • Tempoh yang diambil bagi memproses permohonan tukar syarat mengambil masa lebih kurang dua puluh satu (21) minggu (hari bekerja).

 

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kilang tanpa kebenaran Negeri Selangor

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kilang tanpa kebenaran adalah seperti berikut:

 

(i)         Pengurangan Premium Tambahan

Pemberian potongan sebanyak 50% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan atau 30% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh enam (6) bulan atau 10% bagi bayaran yang dibuat dalam tempoh sembilan (9) bulan kepada pemilik tanah yang menjelas premium secara sekaligus atau ansuran dalam tempoh tersebut.

 

(ii) Bayaran premium secara ansuran

Pemilik tanah dibenarkan membayar premium secara ansuran sebanyak dua belas (12) kali dalam tempoh lapan belas (18) bulan atau dua puluh empat (24) bulan dari tarikh Borang 5A atau 7G dikeluarkan bagi permohonan yang baru diluluskan atau mengikut baki tempoh yang ada dalam Borang 5A atau 7G yang dikeluarkan bagi permohonan yang telah diluluskan terdahulu.

 

(iii)       Pengecualian premium khas

Pemilik tanah dikecualikan daripada dikenakan premium khas atau denda yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 11(6), Kaedah–Kaedah Tanah Selangor 2003 kepada pemilik tanah yang melanggar syarat kegunaan tanah

 

(iv)      Pelanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian bagi tanah bertempoh pajakan kurang lima belas (15) tahun

Permohonan perlanjutan tempoh pajakan atas syarat guna tanah pertanian yang mempunyai baki tempoh pajakan kurang 15 tahun diluluskan atas kegunaan industri dan permium dikenakan berdasarkan nilaian tanah semasa serta diberi pengurangan premium sebanyak 50 peratus. Pengurangan ini dikecualikan bagi mereka yang telah mendapat insentif pengurangan premium tambahan.

 

(v) Insentif Dari PBT

Resolusi berkenaan Insentif untuk kilang-kilang tanpa kebenaran bagi memastikan kilang-kilang ini dapat beroperasi secara sah hendaklah digunapakai.

 

(vi) Penurunan Kuasa

Bagi mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan tukar syarat, kuasa melulus permohonan tukar syarat di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), 124A dan 204A, Kanun Tanah  Negara bagi kilang-kilang tanpa kebenaran diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah  tertakluk  kepada kilang-kilang yang berada di dalam zon yang ditetapkan.

 

(vii) Pengenaan Syarat Teknikal Minima

Garis panduan Syarat Teknikal Minima digunapakai oleh semua PBT di Selangor sebagai rujukan bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah untuk kilang–kilang tanpa kebenaran. Syarat Teknikal Minima ini akan digunapakai sebagai rujukan sepanjang program pemutihan ini dijalankan.

 

(viii) Program ‘Outreach’

Program ini dijalankan bagi memberi penerangan tentang program pemutihan serta mendekatkan pihak berkuasa berkaitan dengan pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Di antara program ‘outreach’ ialah pengedaran brosur-brosur kepada  pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran, program turun padang oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam program pemutihan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan di dalam melengkapkan borang-borang permohonan tukar syarat.

 

(ix)      Pengecualian Caruman Infrastruktur Sosial

Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi pengecualian daripada dikenakan caruman infrastruktur sosial sebanyak RM50,000.00 seekar bagi kawasan Lembah Klang dan RM35,000.00 seekar bagi kawasan di luar Lembah Klang.

 

(iix)     Pengeluaran Permit Khas Sementara

Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan suatu permit khas bagi penggunaan sementara tanah-tanah pertanian yang didirikan kilang-kilang tanpa kebenaran. Kuasa bagi meluluskan permit ini telah diturunkan kepada PTD dan permit-permit akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang berkenaan untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun. Permit tersebut juga hanya boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali sahaja. Dalam masa tersebut tuan tanah hendaklah membuat permohonan secara teratur di bawah seksyen 124 KTN atau 124A KTN atau tindakan perampasan tanah boleh dibuat.

 

(xi)   Pengeluaran Lesen Perniagaan Sementara

Pihak Berkuasa Tempatan juga akan mengeluarkan lesen perniagaan sementara (trade license) kepada pengusaha / pemilik kilang yang telah dikenalpasti.

 

(xii) Pelarasan Cukai Tanah

Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan pelarasan cukai tanah bagi memberikan kesahan undang-undang atau pemutihan kepada aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pelanggaran syarat tanah di atas tanah hakmilik yang kategori bangunan kediaman tetapi telah dibenarkan beroperasi melalui lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT.

 

(xiii)  Pelanjutan Tempoh Pemutihan

Pelaksanaan program pemutihan ini dijangka berakhir pada akhir tahun 2007.  Namun begitu, MMK Ke 3/2008 pada 30 Januari 2008 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemutihan sehingga akhir tahun 2010 untuk memberi peluang kepada pengusaha kilang / tuan tanah terus beroperasi secara sah dan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi masyarakat setempat khususnya dan Negeri Selangor amnya.   Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan keadaan atau suasana kilang yang lebih teratur, selamat dan terancang.



  • Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran disambung sehingga 30 Jun 2011


  •  Potongan 50% boleh diperoleh sekiranya pemilik tanah dapat membuktikan pihak bank lambat untuk meluluskan pinjaman mereka untuk membayar premium , ia tertakluk kepada pekeliling PTGS Bil.6/2009

  •  Selepas tamat tempoh 30 Jun 2011, penguatkuasaan akan dijalankan.


Kemaskini pada 2015-11-12 12:07:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page