selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Penguatkuasaan, Pengambil Tanah & Teknikal - Unit Pengambilan Tanah

S : Keperluan Pengambilan Tanah

J : Kerajaan terpaksa mengambil tanah milik kerana tanah Kerajaan adalah terhad dan mungkin tidak sesuai dari segi saiz atau lokasi yang diperlukan untuk projek pembangunan  atau infrastruktur. Proses pengambilan tanah juga dapat mengatasi masalah pindahmilik dan halangan-halangan perundangan yang mengambil masa yang lama sekiranya tanah itu diperolehi melalui pembelian terus.

 

S : Tanah Yang Boleh Diambil

J :  Tanah-tanah yang boleh diambil melalui APT 1960 adalah :



  • Tanah milik, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutuan;


  • Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat; dan


  • Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.

 

S : Siapa Yang Boleh Memohon Pengambilan Tanah

J :  Dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 agensi pemohon adalah :



  • Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;


  • Jabatan Negeri;


  • Badan Berkanun Persekutuan;

  • Badan Berkanun negeri;


  • Perbadanan, Syarikat; atau


  • Orang perseorangan

 

S : Proses Pengambilan Tanah

J :    Setelah permohonan pengambilan tanah diluluskan oleh PBN, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) akan membuat pengisytiharan dalam Warta Kerajaan Negeri. Seterusnya Pentadbir Tanah mengeluarkan notis awam dan mempamerkannya di tempat-tempat tertentu iaitu di Pejabat tanah, di papan kenyataan awam di mukim atau pekan di mana tanah itu terletak dan di atas atau berhampiran dengan tanah. Notis-notis yang tertentu juga akan diserahkan kepada tuan punya tanah berdaftar dan orang yang berkepentingan.

 

 

S : Siapa Yang Perlu Hadir Semasa Perbicaraan

J :  Orang yang perlu hadir dalam siasatan adalah :



  • Tuan punya tanah berdaftar atau wakil;


  • Pihak yang berkepentingan atau wakil; dan


  • Agensi yang memohon pengambilan atau wakil

 

S : Hak Dan Tanggungjawab Orang Yang Berkepentingan

J :  Hak dan tanggungjawab orang yang berkepentingan adalah :



  • Hadir semasa perbicaraan;


  • Membuat tuntutan pampasan; dan


  • Membuat bantahan, jika ada

 

S : Perkara-Perkara Yang Boleh Dibantah

J :  Perkara yang boleh dibantah dalam APT 1960 adalah :



  • Keluasan tanah yang diambil;


  • Amaun pampasan yang dibayar;

  • Orang yang kepadanya pampasan dibayar; dan

  • Pengumpukan pampasan.

 

S : Prosedur Membuat Bantahan

J :  Dokumen ketika membuat bantahan adalah :



  • Kemukakan bantahan dengan mengisi Borang N (8 Salinan) kepada Pentadbir Tanah;

  • Laporan penilaian swasta sebanyak 8 salinan (sekiranya ada)


  • Deposit sebanyak RM 3,000.00 berbentuk Bank Draft Atas nama Bendahari Negeri Selangor dan;


  • Kemukakan Borang N dalam tempoh 6 minggu dari tarikh penerimaan Borang H.

 

 

S :    Pampasan Bagi Tuan Punya Tanah Yang Meninggal Dunia, Tidak Dapat Dikesan Atau Enggan Menerima

J :     Pentadbir Tanah akan memohon untuk mendepositkan wang pampasan di Mahkamah Tinggi bagi kes di mana tuan punya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tidak dapat dikesan atau enggan menerima pampasan.  Bagi kes di mana tuan punya tanah berdaftar telah meninggal dunia dan waris dapat dikesan, selain daripada mendepositkan pampasan di Mahkamah Tinggi, Pentadbir Tanah boleh menyimpan pampasan di Amanah Raya Berhad.

S :    Bagaimana Cara Untuk Mengeluarkan Pampasan

J :  Cara pengeluaran pampasan adalah seperti berikut :

Dari Mahkamah Tinggi:



  • Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pentadbir Tanah


  • Pentadbir tanah mengemukakan afidavit kepada Pendaftar Mahkamah

  • Mahkamah akan menyediakan cek pampasan

 

Dari Amanah Raya Berhad



  • Waris mengemukakan perintah pembahagian pusaka kecil atau surat kuasa mentadbir kepada Pengurus Amanah Raya Berhad.

  • Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan.

 

S :    Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 3(1)(b) Atau (c) APT 1960

J :     Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang I (Kaedah Pengambilan Tanah) dan disertakan dokumen-dokumen kepada Pentadbir Tanah adalah seperti berikut :



  • Kertas cadangan projek;


  • pelan tatatur dan pelan pengambilan tanah;


  • Laporan awal penilaian tanah oleh JPPH; dan

  • Bank draft bayaran fee dan 50% daripada deposit (Bayaran ke atas Bendahari Negeri)

 

Maklumat tambahan :

Pemohon berunding dengan tuan punya tanah berdaftar jika diarahkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN);

Pemohon mengemukakan laporan perundangan kepada UPEN/JKPT;

Pemohon memaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengenai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat kelulusan PBN;

Pemohon membayar 75% daripada pendeposit;

Pengambilan tanah diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960; dan

Proses pengambilan tanah selepas diwartakan di bawah Seksyen 8 adalah sama seperti pross pengambilan tanah di bawah Seksyen 3 (1) (a) APT 1960.

 

 

Borang-Borang Di Dalam APT 1960

 

Borang A - Pemberitahuan bahawa tanah mungkin diambil

Borang B - Kuasa masuk dan mengukur

Borang C - Jadual tanah yang terkena oleh pengambilan

Borang D - Perisytiharan pengambilan yang dicadangkan

Borang E -    Pengambilan yang dicadangkan: pemberitahuan siasatan

Borang F - Pemberitahuan menghendaki keterangan secara bertulis

Borang G - Pemberitahuan bertulis pampasan

Borang H - Pemberitahuan pemberian dan tawaran pampasan

Borang I - Perakuan segera

Borang J - Notis mengosongkan bangunan

Borang K - Pemberitahuan bahawa tanah telah diambil milil

Borang L - Pemberitahuan untuk menyerahkan suratan / suratan-suratan

Borang M - Perkara yang dirujukkan kepada Mahkamah

Borang N - Permohonan supaya bantahan dirujukkan kepada mahkamah

Borang O - Rujukan ke Mahkamah

Borang P - Pemberitahu

Borang Q - Pemberitahuan menduduki atau menggunakan sementara tanah



Kemaskini pada 2015-11-12 12:06:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page