selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Penguatkuasaan, Pengambil Tanah & Teknikal

Soalan Lazim - Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah dan Teknikal
 

  1. Bolehkah saya menduduki @ mengusahakan tanah kerajaan?
 
        Jawapan – Tidak Boleh dan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 jika seseorang menduduki @ mengusahakan tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah. Terdapat tiga (3) kaedah untuk         seseorang menduduki tanah kerajaan iaitu:
 
  1. Lesen Pendudukan Sementara
  2. Pajakan Seksyen 63 KTN
  3. Berimilik Seksyen 76 KTN
 
  1. Adakah saya berhak mendapat pampasan sekiranya tanah yang saya usahakan tanpa izin hendak dibangunkan oleh Pihak Berkuasa?
 
        Jawapan – Tiada pampasan yang berhak diterima kerana pampasan hanya akan diberikan kepada pemilik berdaftar tanah sahaja di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Ini kerana Tanah Kerajaan adalah bukan hakmilik mana-mana individu         sebelum apa-apa proses pengambilan berlaku. Sebarang perusahaan di atas tanah tersebut sebelum proses pengambilan pengambilan berlangsung adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 KTN.
 
  1. Siapakah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan batuan tanpa kebenaran?
 
        Jawapan – Pegawai yang diberi kuasa adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 426 (A) 1 iaitu mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat Inspektor, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain         pegawai yang diberi kuasa dengan sempurnanya oleh Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan tanpa waran untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan batuan tanpa kebenaran.
 
  1. Boleh saya mengeluarkan bahan batuan (pasir) yang terdapat di dalam tanah saya sendiri?
 
        Jawapan – Mana-mana orang boleh dengan syarat mendapat kelulusan permit Borang 4C iaitu Permit Untuk Memindah Bahan Batuan. Selain daripada itu, syarat kelulusan borang 4C adalah tanah persendirian tersebut mestilah bersaiz minima         20 ekar meliputi satu (1) lot tanah atau gabungan lot-lot yang bersempadanan dan permohonan adalah mesti melalui Pejabat Tanah Daerah (PTD). Syarat-syarat yang lebih terperinci boleh diperolehi melalui Pekeliling PTGS Bilangan 2/2015.
 
  1. Bolehkah saya mengeluarkan bahan-batuan (tanah merah) yang terdapat di dalam tanah saya sendiri?
 
        Jawapan – Mana-mana orang boleh dengan syarat mendapat kelulusan permit Borang 4C iaitu Permit Untuk Memindah Bahan Batuan. Selain daripada itu, syarat kelulusan borang 4C bagi pengeluaran bahan batuan berbentuk tanah merah untuk         tanah persendirian adalah tanah tersebut mestilah melebihi 50 ekar dan dihantar kepada Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman Bahan Batuan dan Mineral Negeri Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk         bidang kuasa kelulusan. Bagi tanah yang berkeluasan kurang daripada 50 ekar, bidang kuasa kelulusan pula adalah pada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sahaja. Syarat-syarat yang lebih terperinci boleh diperolehi melalui Pekeliling PTGS         Bilangan 2/2016.
 
  1. Berapakah kadar kompaun yang dikenakan bagi setiap barang-barang yang disita?
 
        Jawapan – Menurut Seksyen 426, amaun denda bagi kesalahan bersubahat dalam melakukan pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah mengikut pindaan terkini pada tahun 2016 memperuntukkan denda sejumlah RM         500,000.00 atau lima (5) tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan. Manakala menurut Seksyen 429B pula, Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah boleh mengkompaun individu/pihak yang melakukan mana-mana kesalahan         yang dipastikan munasabah kesalahannya dengan kadar sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada keseluruhan amaun denda maksimum bagi kesalahan tersebut dalam suatu masa yang boleh dinyatakan dalam         tawaran.
 
  1. Adalah menjadi kesalahan kepada saya sekiranya tanah saya dicerobohi bagi pengeluaran bahan-batuan tanpa pengetahuan saya?
 
        Jawapan – Menurut Seksyen 114 (a), semua tanah berimilik hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Tuan empunya tanah hendaklah mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah kerosakan, kemusnahan atau pengalihan tak sah tanda sempadan tersebut;
  • Tuan empunya tanah hendaklah memberikan notis dengan serta-merta sekiranya terdapat pengalihan apa-apa barang di atas tanah hakmiliknya kepada Pentadbir Tanah atau kepada penghulu yang mempunyai bidang kuasa dalam kawasan tanah tersebut berada;
  • Tuan empunya tanah hendaklah membayar kos pembaikan atau kos penggantian sebarang pengalihan tersebut jika dikehendaki oleh Pentadbir Tanah;
  • Tuan empunya tanah hendaklah menggunakan perbelanjaan sendiri untuk membersihkan tanah hakmiliknya semula jika dikehendaki oleh Pentabir Tanah.

        Mana-mana orang tanpa kebenaran yang sah yang telah mencabut, memindah, mengangkut, membenarkan pencabutan, memindahkan atau mengangkut bahan batuan dari mana-mana tanah adalah tertakluk kepada kesalahan pencabutan atau         pemindahan bahan batuan secara tak sah di bawah seksyen 426 (1) KTN. Aktiviti ini jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi lima         tahun, atau kedua-duanya sekali.
 
  1. Apa itu Tanah Kerajaan?
 
        Jawapan – Menurut seksyen 5 KTN, tanah kerajaan adalah merupakan semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri         itu atau batas perairan wilayah) selain daripada tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombong, dan mana-mana tanah yang di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan         sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan
 
        Menurut Seksyen 425 (2) KTN pula menerangkan bahawa tanah kerajaan adalah termasuk semua tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa         berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
 
  1. Tanah berimilik – mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak dari sebuah bangunan pecah-bahagian) berkenaan dengan mana satu hakmilik berdaftar buat masa itu, samada muktamad atau bersyarat, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, dan samada diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam menjalankan kuasa yang diberi oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu tetapi tidak termasuk tanah lombong;                                                                                                                        
  2. Tanah Rizab – tanah yang buat masa itu dirizabkan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 62 KTN atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu;                                                                                   
  3. Tanah Lombong – mana-mana tanah berkenaan dengan mana suatu pajakan lombong atau sijil lombong yang diberi atau dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan ada buat masa itu berkuatkuasa;           
  4. Tanah Hutan - Kawasan Berhutan ialah tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dengan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter dan litupan kanopi/silara melebihi 10%, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’. (sumber rujukan: http://www.nre.gov.my/ms-my/Hutan/Pages/Fakta-Hutan.aspx)                                                                          

Kemaskini pada 2018-06-13 11:37:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page