URUSAN KEBENARAN PINDAHMILIK
Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Consent) adalah proses untuk mendapat surat kebenaran sebelum melaksanakan transaksi urusniaga pindahmilik ke atas hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan. Bermula pada 26 Oktober 2024, semua urusan Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Consent) adalah menggunakan sistem e-Tanah sepenuhnya (permohonan End to End) dari kemasukan dokumen, pembayaran, semakan status permohonan, kuiri dan janaan surat keputusan. Pemohon tidak perlu lagi ke kaunter untuk berurusan.
Terdapat 14 urusan pada Modul Consent di Sistem e-Tanah.
|
Urusan |
Singkatan e-Tanah |
Bidang Kuasa |
|
Kebenaran Gadaian |
KGD |
Pentadbir Tanah |
|
Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian |
KPG |
Pentadbir Tanah |
|
Kebenaran Pindahmilik |
KPM |
|
|
Permohonan Pengesahan Salinan Sah Surat Kebenaran |
PSSK |
Pentadbir Tanah |
|
Kebenaran Rayuan |
KRY |
YAB Dato’ Menteri Besar |
|
Kebenaran Pajakan |
KPJ |
YAB Dato’ Menteri Besar |
|
Kebenaran Pindahmilik Pajakan |
KPJK(P) |
YAB Dato’ Menteri Besar |
|
Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (Blanket Consent) |
KPMP |
YAB Dato’ Menteri Besar |
|
Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama (Blanket Consent) |
PPPN |
PTGS |
|
Kebenaran Lanjut Tempoh Surat Keputusan (Blanket Consent) |
KLTS |
PTGS |
|
Kebenaran untuk Memindahmilik kepada Warganegara Asing (Seksyen 433B) dan Pelepasan Sekatan Kepentingan Seksyen 120 |
KPRW |
Pengarah PTGS |
|
Kebenaran Perolehan Hartanah Warga Asing (Seksyen 433B) |
KPR |
Pengarah PTGS |
|
Kebenaran Sewaan kepada Warganegara Asing (Seksyen 433B) |
KSW |
Pengarah PTGS |
|
Kebenaran Lembaga Tanah Ladang |
KLTL |
Lembaga Tanah Ladang |
|
PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT) |
|
|
S |
Siapa yang perlu membuat permohonan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent)? |
|
J |
Pihak pemaju/pemilik tanah/pelikudasi bertanggungjawab untuk memohon kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) apabila hakmilik individu (landed/strata) telah dikeluarkan atas nama pemaju/pemilik tanah. |
|
S |
Bagaimana pemohon boleh mengemukakan permohonan? |
|
J |
Semua permohonan kebenaran pindahmilik adalah melalui Portal Awam e-Tanah. |
|
S |
Siapa yang perlu membuat permohonan pembatalan dan penggantian nama pembeli pertama kepada pembeli kedua/terkini? |
|
J |
Jika terdapat ‘subsale’ dan kes lelongan yang melibatkan pembeli yang sudah mempunyai kelulusan permohonan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) tetapi belum didaftarkan ke hakmilik, pihak pemaju/pemilik tanah/pelikudasi/pentadbir perlu memohon untuk membatal nama pembeli pertama dan menggantikan kepada pembeli terkini dengan sekiranya :-
|
|
S |
Bagaimanakah caranya, saya merupakan pembeli pertama ingin memindah milik hartanah tersebut kepada pembeli bukan bumiputera sedangkan hartanah tersebut adalah pemilikan kuota Bumiputera dan masih belum mendapat kebenaran pindahmilik secara ‘blanket’ daripada Pihak Berkuasa Negeri? |
|
J |
Pemohon dikehendaki membuat permohonan untuk melepaskan unit kuota Bumiputera tersebut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Prosedur untuk mengemukakan rayuan boleh dirujuk terus kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk mendapatkan senarai semak permohonan. |
|
S |
Berapa lama tempoh proses bagi urusan Blanket Consent? |
|
J |
Permohonan akan diproses di PTGS dalam tempoh 21 hari bekerja seterusnya dikemukakan bagi pertimbangan YAB Dato’ Menteri Besar. |
|
S |
Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan? |
|
J |
Pemohon boleh menyemak status permohonan serta membuat cetakan surat keputusan melalui Portal Awam e-Tanah. |
|
PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK INDIVIDU/SYARIKAT
|
|
|
S |
Bila waktu urusan di kaunter pindahmilik? |
|
J |
Waktu kaunter adalah pada jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang (rehat jam 1.00 tengah hari – 2.00 petang) |
|
S |
Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk proses permohonan kebenaran pindahmilik? |
|
J |
Pemohon boleh membuat semakan status permohonan di Portal Awam e-Tanah. |
|
S |
Bolehkah permohonan kebenaran pindahmilik bumiputera kepada bukan bumiputera dimohon? |
|
J |
Boleh melalui permohonan Kebenaran Pindahmilik sahaja dibuat secara atas talian dengan melayari www.e-tanah.gov.my. dan kelulusan adalah di bawah Pihak Berkuasa Negeri (bidang kuasa Menteri Besar) |
|
S |
Adakah urusan boleh dibuat sekiranya tiada akaun pengguna Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor? |
|
J |
Tidak boleh. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Portal Awam e-Tanah terlebih dahulu bagi mendapat ID pengguna untuk akses ke perkhidmatan yang terdapat di Portal Awam e-Tanah. |
|
S |
Apakah Sistem e-Tanah? |
|
J |
Sistem e-Tanah melibatkan satu sistem yang komprehensif yang menyatukan dan mendigitalkan proses perniagaan yang melibatkan orang awam dan kakitangan pejabat tanah sendiri dengan penggunaan satu sistem. |
|
S |
Adakah permohonan boleh dibuat sekiranya cukai tanah / cukai petak belum dijelaskan? |
|
J |
Cukai tanah dan cukai petak wajib dijelaskan sebelum membuat permohonan. |
|
S |
Adakah permohonan pertama akan ditolak? |
|
J |
Tidak, ianya bergantung kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan semakan hakmilik dan dokumen yang dikemukan pemohon. |
|
S |
Sekiranya penolakan pada permohonan pertama, apa yang perlu saya buat? |
|
J |
Pemohon disyorkan menjual hartanah tersebut kepada pembeli bumiputera. Pemohon juga boleh mengemukakan rayuan semula dan mematuhi senarai semak dengan disertakan dokumen berkaitan sebagaimana Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Bil 2/2012. |
|
S |
Mengapakah permohonan saya ditolak / ditarik balik di dalam sistem e-Tanah? |
|
J |
Sebarang pertanyaan (kuiri) yang tidak diberikan maklum balas dalam tempoh ditetapkan akan ditarik balik secara automatik. Pemohon perlu membuat permohonan baru dan membuat pembayaran semula di dalam sistem e-Tanah |
|
S |
Bagaimana pemohon mendapat makluman berkaitan pertanyaan/kuiri daripada PTG/PDT? |
|
J |
Pemohon akan menerima pemakluman melalui e-mel dan notifikasi pada dashboard penggunan di Portal Awam e-Tanah. |
|
S |
Mengapa saya perlu membuat iklan bagi hartanah yang hendak dijual? |
|
J |
Iklan penjualan hartanah dengan kenyataan jualan kepada bumiputera adalah senarai semak wajib dikemukakan bagi urusan kebenaran pindahmilik bumiputera kepada bukan bumiputera. |
|
S |
Apakah alasan kukuh atau syarat utama agar permohonan kebenaran pindahmilik di bawah bidang kuasa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor diluluskan? |
|
J |
Alasan yang kukuh adalah merujuk kepada senarai semak seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Bilangan 2/2012, walau bagaimanapun keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. |
|
S |
Perlukah permohonan kebenaran pindahmilik dibuat sekiranya perintah mahkamah telah dikeluarkan? |
|
J |
|
|
S |
Bagaimana saya boleh mengetahui hartanah saya merupakan unit bumiputera atau bukan? |
|
J |
Hartanah yang dimiliki oleh Bumiputera maka hartanah tersebut adalah berstatus milik Bumiputera. |
|
S |
Bagaimana Prosedur Permohonan Consent Bagi Rumah Kos Rendah? |
|
J |
Bagi hartanah jenis rumah kos rendah, pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) terlebih dahulu sebelum memohon kebenaran pindahmilik bagi pelepasan sekatan kepentingan di bawah Seksyen 120 KTN. |
|
S |
Saya telah mengemukakan surat rayuan kepada Pejabat Menteri Besar, adakah permohonan saya akan diluluskan? |
|
J |
Pemohon masih perlu mengemukakan permohonan lengkap melalui Portal Awam e-Tanah bagi memastikan permohonan dapat diproses. Kelulusan adalah tertakluk kepada dasar dan prosedur yang berkuatkuasa. |
|
S |
Berapa lama tempoh sah laku Carian Rasmi? |
|
J |
1 bulan dari tarikh Carian Rasmi di keluarkan. |
|
S |
Berapa lama tempoh sah laku Surat Kebenaran Pindahmilik? |
|
J |
3 tahun dari tarikh kelulusan. |
|
S |
Mengapakah permohonan kebenaran pindahmilik saya ditolak? |
|
J |
Antara faktor yang menyebabkan permohonan ditolak adalah kerana tidak mematuhi senarai semak Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Bil 2/2012, dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, tanah tersebut merupakan tanah pertanian atau pemberimilikan. |
|
S |
Apakah takrifan 'Melayu' mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor ? |
|
J |
Takrifan 'Melayu' berdasarkan Enakman Rizab Melayu Negeri Melayu Bersekutu Bab 142 adalah seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan yang lazim bertutur dalam bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut agama Islam. |
|
S |
Bolehkah tanah di dalam Simpanan Melayu dipindah milik kepada orang bukan Melayu? |
|
J |
Tidak boleh. Tanah di dalam Simpanan Melayu hanya boleh dipindahmilik kepada orang Melayu atau syarikat Melayu sepertimana takrifan Melayu yang ditetapkan di dalam Enakmen Rizab Melayu. |
|
S |
Bagaimana seorang pemilik tanah bertaraf bumiputera hendak menjual tanah kepada seorang bukan bumiputera? |
|
J |
Hanya hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan sahaja yang perlu mendapat kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya melibatkan hakmilik individu, permohonan perlu dibuat di Pejabat Tanah Daerah seterusnya diangkat untuk kelulusan Dato' Menteri Besar Selangor dan jika hakmilik masih nama pemaju. permohonan perlu dibuat di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor seterusnya diangkat untuk kelulusan Dato' Menteri Besar Selangor. |
|
S |
Bagaimanakah prosedur untuk pembelian bersama di antara suami isteri yang mana salah seorangnya adalah berstatus penduduk tetap? |
|
J |
Setiap perolehan hartanah oleh kepentingan asing sama ada warga asing / penduduk tetap / syarikat asing hendaklah mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu iaitu dengan mengisi borang 433B. Oleh itu, pasangan tersebut perlu mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran pindahmilik. |
|
S |
Bolehkah Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Seksyen 433B KTN) dibuat dengan menggunakan Hakmilik Induk? |
|
J |
Tidak kerana Permohonan Kebenaran Pndahmilik (Seksyen 433B KTN) hanya untuk Hakmilik Individu / Strata. |
|
S |
Bolehkah hartanah yang dimiliki oleh warga asing dipindahmilik secara pindahmilik kasih sayang dan pada siapa? |
|
J |
Boleh. Kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan Asing atas balasan kasih sayang di kalangan keluarga terdekatboleh dipertimbangkan tanpa mengambilkira jenis hartanah dan nilaiannya. Keluarga terdekat bermaksud individu yang mempunyai hubungan perkahwinan (suami/isteri) atau pertalian darah (datuk, nenek, ibu, bapa, adik-beradik dan anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. |
|
PERMOHONAN KEBENARAN TANAH LADANG |
|
|
S |
Apakah yang dimaksudkan dengan Tanah Ladang? |
|
J |
Tanah Ladang atau Tanah Estet adalah tanah yang mempunyai syarat nyata Tanah Pertanian yang dipegang di bawah satu atau lebih dari satu Hakmilik. Tanah tersebut juga mempunyai keluasan atau agregat keluasannya tidak kurang dari 40 hektar (100 ekar). |
|
S |
Adakah pindahmilik Tanah Ladang perlu memperolehi kebenaran Lembaga Tanah Ladang? |
|
J |
Ya. Tuanpunya atau mana-mana tuanpunya tanah bersama-sama mana-mana Tanah Ladang yang ingin memindahhak atau melupuskan dengan apa cara sekalipun hendaklah mengemukakan permohonan kepada Setiausaha Lembaga Tanah Ladanag dalam Borang 14D. |
|
PERMOHONAN RAYUAN SYARAT MMKN |
||
|
Urusan Tukar Syarat dan Pembangunan Tanah: |
||
|
S |
Apakah perkara yang dibenarkan untuk membuat rayuan? |
|
|
J |
Rayuan Keputusan MMKN: |
|
|
|
a) |
Permohonan meminda syarat kelulusan MMKN (Merujuk Pekeliling PTGS Bilangan 12/2010). |
|
|
b) |
Permohonan meminda/ pengecualian Kuota Jualan Bumiputera (Merujuk Pekeliling LPHS Bilangan 1/2019 berkenaan Mekanisma Penyelenggaraan Kuota Bumiputera Negeri Selangor 2.0) |
|
S |
Berapa lama tempoh setiap permohonan rayuan itu diproses? |
|
|
J |
Rayuan akan diproses dalam tempoh 4 minggu (tertakluk kepada ulasan teknikal yang diterima). |
|
Kemaskini pada 2025-09-23 17:09:26 daripada Administrator








