Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
     PORTAL RASMI
 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

Tukar Alamat

Tuan/ Puan,

Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).
Untuk makluman Tuan/ Puan, permohonan pertukaran alamat perlulah disertakan dokumen-dokumen berikut :-


INDIVIDU

i. Borang 26A yang telah lengkap diisi;
ii. Tandatangan Penama mengikut dalam hakmilik, sekiranya ada dua (2) nama kedua-dua penama perlu menandatangani borang tersebut (nyatakan Nama dan No. Kad Pengenalan di bawah tandatangan);
iii. Salinan Kad Pengenalan beserta No.Telefon & E-mel; dan
iv. Salinan Cukai Tanah.
(Contoh : Panduan Pengisian Borang 26A (Individu))
(Contoh : Salinan Nombor Kad Pengenalan, No telefon dan Email)

 

SYARIKAT

i. Borang 26A yang lengkap diisi perlu ditandatangani oleh dua (2) Orang iaitu satu (1) Pengarah dan satu (1) Setiausaha. Nyatakan Nama, No. Kad Pengenalan serta Cop Mohor Syarikat (COMMON SEAL);
ii. Borang 49 (FORM 49)/ Carian SSM - perlu disahkan dan disertakan No.Telefon & E-mel; dan
iii. Salinan Cukai Tanah.

(Contoh : Panduan Pengisian Borang 26A (Syarikat))

SEMAKAN

Sebarang semakan alamat  pada cukai tanah terkini, sila ke laman sesawang berikut :
https://ehasil.selangor.gov.my
 

Penghantaran Borang 26A yang lengkap beserta dokumen-dokumen mengikut Senarai Semak tersebut hendaklah dihantar mengikut milikan hakmilik hartanah. Bagi bentuk hakmilik bermula dengan (HSD, PN, GERAN) bolehlah dihantar secara HADIR SENDIRI atau POS kepada:-

Unit Pertukaran Alamat
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
Tingkat LG, Bangunan SSAAS
40576 SHAH ALAM
Selangor Darul Ehsan



Manakala, bagi bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan (HSM, GM, PM) permohonan bolehlah dihantar terus ke kaunter Unit Pendaftaran Hakmilik, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) berkaitan secara POS atau HADIR SENDIRI.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pendaftaran Hakmilik, PTGS di talian 03-5544 7326 atau 03-5520 5650

Sekian, dimaklumkan.


Kemaskini pada 2019-03-11 15:38:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor