selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Di Kaunter

Pembayaran juga diterima selain daripada bayaran secara tunai iaitu melalui Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf / Kredit Kad / Debit Kad hendaklah dibuat di atas nama "Bendahari Negeri Selangor" serta dipalang "Akaun Penerima Sahaja". Sila catitkan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf. Sebelum membuat bayaran, sila pastikan Nombor Hakmilik,  Nombor PT/Lot, Daerah kepunyaan pembayar adalah sah dan tepat.

FI Tunggakan akan dikenakan jika pembayaran dibuat selepas 31 hb. Mei seperti perincian kadar berikut :

KADAR FI DIKENAKAN
RM10.00 dan kurang RM1.00
RM10.01 – RM50.00 RM2.00
RM50.01 – RM100.00 RM5.00
Lebih daripada RM100.00 7% daripada Jumlah Perlu Bayar

 

BAYARAN CUKAI TANAH DI KAUNTER AGENSI KUTIPAN

Bayaran secara tunai sahaja boleh dibuat di kaunter-kaunter berikut :-

  • Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor.
  • Semua Kaunter Pejabat Pos di seluruh Malaysia.

Kemaskini pada 2019-04-12 15:34:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page