UNIT TEKNIKAL
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penyeragaman dan penyediaan kertas penambahbaikan kepada sistem kerja sedia ada di pejabat tanah
- Mengurus keperluan teknikal dari aspek meningkatkan kemahiran, latihan dan penggunaan sistem dan logistik
- Membangunkan dan mempromosikan proses kerja secara berkomputer di pejabat tanah selari dengan perkembangan teknologi
- Menyelaras kerja-kerja penulisan standard bagi maksud permohonan hakmilik tetap
- Menyelaras dan mengemaskini rekod fahrasat pejabat, fahrasat lot, rekod permohonan ukur, pemerengganan, daftar tanah simpanan, pelan akui
- Menyelaras laporan tanah standard serta kerja-kerja pengukuran dan penempatan oleh penolong pegawai tanah
- Mengurus kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat
- Menjalankan aktiviti pemantauan proses penyediaan permintaan ukur di pejabat tanah
- Mengurusetia Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Kawal Selia Aset Kerajaan Negeri Selangor (Tanah)
Kemaskini pada 2019-02-13 15:08:42 daripada Naufal