selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (Blanket Consent)

KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT)

PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT)

Permohonan ini merupakan kaedah bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk proses pindahmilik di antara Pemaju kepada Pembeli Pertama bagi sesebuah projek Pembangunan yang mempunyai sekatan kepentingan setelah hakmilik Individu diperolehi (Landed Title/ Strata Title).

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (Blanket Consent) hendaklah dilakukan secara atas talian dengan memuat turun dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Link : https://blanketconsent.selangor.gov.my/

Senarai Semak (Rujukan) :

 

PENGECUALIAN

Kelulusan ini tidak tertakluk kepada hakmilik yang dikeluarkan atas nama Pemaju atau Tuan Tanah yang tiada sekatan kepentingan (Freehold).

 

KUASA MELULUS

Kuasa melulus bagi Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (Blanket Consent) adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (YAB. Dato’Menteri Besar)

 

PERMOHONAN PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN NAMA KEDUA

Permohonan ini merupakan permohonan;

  1. Hakmilik masih di atas nama Pemaju; atau
  2. Pindahmilik Pembeli Pertama kepada Pembeli Kedua setelah Surat Kelulusan Blanket Consent diperolehi; dan
  3. Sekiranya Pembeli Pertama adalah Bumiputera dan Pembeli Kedua merupakan Bukan Bumiputera, kuota jualan Bumiputera hendaklah tidak melebihi kuota yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Tertakluk kepada perkara iii) pihak Pemaju atau mana-mana pihak berkepentingan perlu mendapatkan Surat Pelepasan Kuota Bumiputera dengan membuat pembayaran kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan perlu dilakukan secara manual di Kaunter Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Tingkat 4, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan melengkapkan Senarai Semak dan Lampiran seperti berikut;

Senarai Semak dan Lampiran :

 

KUASA MELULUS

Kuasa melulus bagi Permohonan Pembatalan dan Penggantian Nama Kedua adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor

 

PERMOHONAN SALINAN PERAKUAN SAH (CTC) BLANKET CONSENT BAGI SURAT KELULUSAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT) DAN SURAT PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN NAMA KEDUA

Permohonan ini diperlukan bagi semua proses yang melibatkan pindahmilik, gadaian dan sebagainya.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan perlu dilakukan secara manual di Kaunter Bahagian Pembangunan dan Kemajuan Tanah, Tingkat 4, Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan melengkapkan Borang Permohonan.

 

  1. Dokumen hendaklah diletakkan di dalam sampul surat yang bersesuaian;
  2. Setiap permohonan akan disertakan Slip ASAL untuk memudahkan proses pungutan dilakukan setelah dokumen siap diproses;
  3. Tempoh Sah Laku Salinan Perakuan Sah (CTC) Blanket Consent adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh dokumen selesai diproses; dan
  4. Tempoh dokumen diproses adalah seperti di bawah;

 

Bilangan Set/ Salinan Piagam Pelanggan
1 15 hari bekerja
1 10 hari bekerja
1 14 hari bekerja
2021 dan ke atas 21 hari bekerja

 

 

 


Kemaskini pada 2021-11-01 13:44:54 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page