PERMOHONAN PERIZABAN TANAH KERAJAAN UNTUK RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM (RIBI) – SEKSYEN 62 KANUN TANAH NEGARA
DEFINISI
Mana-mana tanah kerajaan dipohon bagi tujuan rumah ibadah bukan Islam (RIBI) selaras dengan Pekeliling PTGS.Bil.8/2011
KAEDAH PERMOHONAN
- Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Perizaban Tanah Kerajaan Untuk Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan melayari laman sesawang:
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PRZ – Permohonan Perizaban.
Manual pengguna bagi permohonan Perizaban Tanah Kerajaan untuk maksud awam adalah seperti link di bawah :
Link : https://etanah.selangor.gov.my/static/document/PRZ%20-%20Permohonan%20Perizaban.pdf
-
Setelah selesai mengisi permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PRZ), pemohon perlu membuat cetakan untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Salinan hardcopy slip permohonan, borang permohonan dan dokumen-dokumen mengikut senarai semak dikemukakan ke Pejabat Daerah Dan Tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
- Pentadbir Tanah Daerah
- Agensi/ Badan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Berdaftar
KUASA MELULUS
- Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Ordinan Perwakilan Kuasa kepada YAB Dato Menteri Besar Selangor.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:43:11 daripada Administrator








