PERMOHONAN PERMIT RUANG UDARA – SEKSYEN 75 (A) KANUN TANAH NEGARA
DEFINISI
Permohonan bagi membenarkan penggunaan ruang udara bagi mendirikan, menyenggara dan menduduki suatu struktur di atas tanah kerajaan atau tanah rizab
KAEDAH PERMOHONAN
- Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Permit Ruang Udara adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan layari laman sesawang:
Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
- Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PRU – Permohonan Permit Ruang Udara.
Manual pengguna bagi permohonan Permohonan Permit Ruang Udara adalah seperti link di bawah :
https://etanah.selangor.gov.my (Permohonan Permit Ruang Udara)
-
Setelah selesai pengisian permohonan melalui sistem e-Tanah Negeri Selangor (PRU), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
- Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan dan dokumen-dokumen dalam senarai semakan ke kaunter Pejabat Tanah dan Daerah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
- Warganegara Malaysia selain remaja
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
- Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
- Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
KUASA MELULUS
- Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kemaskini pada 2025-09-23 16:31:48 daripada Administrator








