selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pemberimilikan Tanah (PT) - Seksyen 76 Kanun Tanah Negara

PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH (PT)  - SEKSYEN 76 KANUN TANAH  NEGARA

DEFINISI

Melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan Permohonan Pemberimilikan (PT) adalah menggunakan Portal Awam e-Tanah Negeri Selangor dengan layari laman sesawang:

Link : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml 

  1. Klik menu PERMOHONAN dan seterusnya butang PELUPUSAN dan pilih kategori PT – Permohonan Pemberimilikan.  

Manual pengguna bagi permohonan Pemberimilikan adalah seperti link di bawah :​

  1. Setelah  selesai pengisian  permohonan melalui sistem e-Tanah  Negeri  Selangor (PT), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.
 
  1.   Bawa  slip  berserta  dengan  borang  permohonan  yang  lengkap dengan cop atau tandatangan  dan  dokumen-dokumen dalam senarai semakan ke kaunter Pejabat    Tanah  dan Daerah untuk  membuat  perserahan  dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.

 

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

  • Warganegara Malaysia selain remaja
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
  • Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
 

KUASA MELULUS

  1. Kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Kemaskini pada 2025-09-23 16:17:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page