selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Serah Balik Tanah Dan Pemberimilikan Tanah (PSBBP) - Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara

PERMOHONAN SERAH BALIK DAN PEMBERIMILIKAN TANAH (PSBBP) - SEKSYEN 197 DAN SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA

Peruntukan di bawah seksyen 197 KTN membenarkan pemilik tanah memohon untuk menyerah balik seluruh tanah yang terkandung di dalam hakmiliknya dan di dalam masa yang sama pemohon juga dibenarkan memohon semula tanah yang telah diserah bersama dengan tanah kerajaan yang berdampingan untuk tujuan pembangunan.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PSBBP adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.

Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml

 

Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:

https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html

 

1.

Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A).

2.

Setelah  selesai  isi  maklumat  atas  talian sistem  e-Tanah  Negeri  Selangor (PSBBP), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon.

3.

 

Bawa  slip  berserta  dengan  borang  permohonan  yang  lengkap dengan cop atau tandatangan  bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak ke kaunter Pejabat Daerah  Dan  Tanah  untuk  membuat  perserahan  dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian.

4.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan.

 

FI PERMOHONAN

Bayaran dibuat secara atas talian menggunakan FPX.

  • seksyen 197 – Tiada bayaran dikenakan
  • seksyen 76

 A) Pertanian

 Kurang daripada 2 hektar (5 ekar) tetapi tidak lebih 1 hektar (2.5 ekar) 

 RM10.00
 

 Melebihi 10 hektar (25 ekar)

 RM50.00
 

 Lebih dari 10 hektar (25 ekar)

 RM100.00

B) Bangunan Kediaman

 Kurang daripada hektar (2.5 ekar)

 RM50.00

 Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) 

 RM100.00

 Lebih dari 10 hektar (25 ekar)    

 RM200.00

             C) Bangunan Perniagaan/ Industri/ Pembangunan Bercampur

 Kurang daripada 2 hektar (5 ekar)

 RM100.00

 Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar)

 RM200.00

 Lebih dari 10 hektar (25 ekar)

 RM300.00

 

KUASA MELULUS

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)


Kemaskini pada 2025-09-02 16:51:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page