PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH (PPB) - SEKSYEN 142 KANUN TANAH NEGARA
Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai pemilik tanah bersama, dipecah bahagian supaya terletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka di bawah satu hakmilik yang berasingan. Walau bagaimanapun tidak semestinya setiap pemilik bersama diberikan hakmilik berasingan jika mereka masih ingin meneruskan pemilikan bersama dengan bahagiannya.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PPB adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri. |
|
2. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen. |
FI PERMOHONAN
Bayaran RM100.00 per hakmilik (mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor) dan dibuat secara atas talian menggunakan FPX.
KUASA MELULUS
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor - Hakmilik Pejabat Pendaftar
- Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
Kemaskini pada 2025-09-02 16:47:05 daripada Administrator








