jata-negara selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pecah Sempadan Tanah

Permohonan Pecah Sempadan Tanah (Seksyen 137, Kanun Tanah Negara)

Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik kekal,samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua bahagian atau lebih supaya tiap-tiap satunya dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau  pemilik-pemilik tanah bersama yang sama .

 
BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat Melalui Pentadbir Tanah (Dibuat Di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat Oleh Pemilik Tanah
  • Permohonan Hendaklah Disertakan Dengan Segala Dokumen Yang Berkaitan

CARA MEMOHON

  1. Mengisi tiga (3) salinan Borang 9A yang  ditandatangani oleh pemilik tanah,Pemegang Kuasa Wakil (P.A)   atau syarikat
     
  2. Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah
     
  3. 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan
     
  4. 1 salinan ‘Memorandum and Article of  Association’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat beserta Borang 24 dan Borang 4
     
  5. 12  salinan Pelan iaitu pelan kunci, pelan lokasi, dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen
     
  6. Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang
     
  7. 1 Sijil Carian Rasmi asal (Borang 4C)
     
  8. 1 salinan Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa
     
  9. 1 salinan Hakmilik Tanah
     
  10. Persetujuan Bertulis dari pihak yang  mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah

*Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.

 

BAYARAN YANG DIKENAKAN
(Bayaran adalah mengikut Kaedah Tanah Selangor)

UKURAN (HEKTAR) AMAUN (BAGI SETIAP HAKMILIK)
0 — 10 hektar RM 120.00
10 — 50 hektar RM 360.00
50 — lebih RM 600.00

 
KUASA MELULUSKAN

  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
  • Pengarah Tanah dan Galian - Hakmilik Pejabat Pendaftar


Kemaskini pada 2015-11-11 17:42:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page