PERMOHONAN PENYATUAN TANAH (PYT) - SEKSYEN 148 KANUN TANAH NEGARA
Penyatuan Tanah bermaksud dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hakmilik yang berasingan dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PYT adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri. |
|
2. |
Setelah selesai isi maklumat atas talian sistem e-Tanah Negeri Selangor (PYT), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon. |
|
3.
|
Bawa slip berserta dengan borang permohonan yang lengkap dengan cop atau tandatangan bersama dokumen-dokumen mengikut senarai semak ke kaunter Pejabat Daerah Dan Tanah untuk membuat perserahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian. |
|
4. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen mengikut senarai semak yang ditetapkan. |
FI PERMOHONAN
Bayaran RM150.00 (mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor) dan dibuat secara atas talian menggunakan FPX.
KUASA MELULUS
- Menteri Besar Selangor bagi tanah-tanah berikut:
- Lot-lot yang disatukan dipegang bawah hakmilik Pejabat Tanah -keluasan jika disatukan melebihi 4 hektar (10 ekar) Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi di bawah hakmilik Pejabat Tanah
- Jika wujud apa-apa perbezaan di antara mana-mana dari lot tersebut dari segi berikut:
* Tempoh-tempoh yang ia dipegang
* Kadar cukai sewa kena bayar
* Jenis kegunaan tanah, syarat dan sekatan kepentingan yang tertakluk
- Lot-lot yang disatukan dipegang bawah hakmilik Pejabat Tanah -keluasan jika disatukan melebihi 4 hektar (10 ekar) Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi di bawah hakmilik Pejabat Tanah
- Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor - Hakmilik Pejabat Pendaftar
- Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
Kemaskini pada 2025-09-02 16:48:18 daripada Administrator








