Permohonan Penyatuan Tanah (Seksyen 148, Kanun Tanah Negara)
Penyatuan Tanah bermaksud dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang dibawah hakmilik kekal yang berasingan dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.
BAGAIMANA MEMOHON
- Dibuat melalui Pentadbir Tanah. (Dibuat Di Pejabat Tanah dan Daerah)
- Dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan atau P.A.
CARA MEMOHON
- Mengisi 3 salinan Borang 9C yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atas syarikat
- Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah, sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah
- 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan
- 1 salinan ’Memorandum and Article of Association’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat: serta Borang 24 dan Borang 49 yang terkini
- 12 salinan pelan iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juru ukur Berlesen
- Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah
- 1 salinan surat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang
- 1 Sijil Carian Rasmi asal (Borang 4C)
- 1 salinan resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa
- 1 salinan hakmilik tanah
- Surat Persetujuan bertulis daripada pemegang kaveat, gadaian atau tuntutan faedah di bawah mana-mana undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.
*Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.
FI PERMOHONAN
Bayaran adalah mengikut Kaedah Tanah Selangor bagi setiap hakmilik RM 150.00. (Bayaran dibuat di Pejabat Tanah Dan Daerah)
KUASA MELULUSKAN
- Menteri Besar Selangor bagi tanah-tanah berikut :
- Lot-lot yang disatukan dipegang bawah hakmilik Pejabat Tanah—keluasan jika disatukan melebihi 4 hektar (10 ekar)Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan sebahagian lagi di bawah hakmilik Pejabat Tanah
- Jika wujud apa-apa perbezaan di antara mana-mana dari lot tersebut dari segi berikut :
* Tempoh-tempoh yang ia dipegang
* Kadar yang cukai sewa kena bayar
* Jenis penggunaan tanah, syarat dan sekatan kepentingan yang tertakluk
- Lot-lot yang disatukan dipegang bawah hakmilik Pejabat Tanah—keluasan jika disatukan melebihi 4 hektar (10 ekar)Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan sebahagian lagi di bawah hakmilik Pejabat Tanah
- Pengarah Tanah dan Galian bagi hakmilik Pejabat Pendaftar.
Kemaskini pada 2015-11-11 17:42:42 daripada Administrator