PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH (PTS) - SEKSYEN 124(1)(a) dan (c) KANUN TANAH NEGARA
Pemilik tanah boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pengubahan/ pengenaan kategori kegunaan tanah dan meminda/ mengenakan syarat nyata tanah yang baharu.
KAEDAH PERMOHONAN
Bermula pada 26 Oktober 2023, semua urusan PTS adalah menggunakan sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Link: https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
Rujuk Manual pengguna di dalam sistem e-Tanah:
https://etanah.selangor.gov.my/static/pembangunan.html
|
1. |
Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A). |
|
2. |
Setelah selesai isi maklumat atas talian sistem e-Tanah Negeri Selangor (PTS), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip mendapatkan slip permohonan atas talian. |
|
3. |
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen. |
FI PERMOHONAN
Bayaran dibuat secara atas talian menggunakan FPX.
|
Tidak lebih 1 hektar |
RM70.00 |
|
Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar |
RM140.00 |
|
Lebih 10 hektar:
|
RM140.00 RM15.00 |
KUASA MELULUS
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)
Kemaskini pada 2025-09-02 17:01:31 daripada Administrator








