selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu

PERMOHONAN SERAHBALIK DAN BERIMILIK SEMULA TANAH (TANAH RIZAB MELAYU PEGANGAN MELAYU)
(Seksyen 204A Kanun Tanah Negara)

Peruntukan di bawah Seksyen 204A KTN memberi pilihan tambahan kepada pemilik-pemilik tanah yang memecah sempadan tanah mereka dan umpukan-umpukan pecah sempadan digunakan untuk pelbagai tujuan tanpa mendedahkan pemilik tanah kepada risiko kehilangan tanah apabila membuat penyerahan balik tanah.

Walaubagimanapun peruntukan ini terhad kepada pemilik tanah rizab melayu bukan melayu kerana sebaik sahaja tanah itu diserahkan kepada Kerajaan, ia dihalang daripada diberimilik semula kepadanya kerana sekatan mengikut undang-undang perizaban melayu menghalang pemberimilikan tanah kerajaan dalam kawasan perizaban melayu kepada bukan melayu.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.(Permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 3 salinan Borang 12D yang lengkap ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah);
     
  2. 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
     
  3. 10 salinan pelan susunatur dan pelan pra hitungan (warna) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
     
  4. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad;
     
  5. 3 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
     
  6. Ulasan-ulasan jabatan teknikal;
    • Pejabat Tanah Daerah - 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan   berbentuk A4 dan 1 unit ”soft copy” berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint .
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
       
  7. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan
     
  8. Salinan resit cukai tanah tahun semasa;
     
  9. Salinan hakmilik tanah;
     
  10. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri.
     
  11. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital ”soft copy” berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point.

  *Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.

 

FI PERMOHONAN

  1. Kurang daripada 1 hektar – RM50.00
  2. Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM100.00
  3. Lebih 10 hektar:
  • 10 hektar pertama - RM100.00.
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya - RM10.00

 
KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor 2003 (Pindaan 2005)

 
KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

  • Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi Tanah Simpanan Melayu (Pegangan Melayu)
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bagi Tanah Simpanan Melayu (bukan Pegangan Melayu).


Kemaskini pada 2015-11-11 17:36:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page