selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Serah balik dan Pemberimilikan Tanah

PERMOHONAN SERAH BALIK DAN PEMBERIMILIKAN TANAH (Seksyen 197 Dan 76 Kanun Tanah Negara)

Peruntukan di bawah Seksyen 197 KTN membenarkan pemilik tanah memohon untuk menyerah balik seluruh tanah yang terkandung di dalam hakmiliknya dan di dalam masa yang sama pemohon juga dibenarkan memohon semula tanah yang telah diserah bersama dengan tanah kerajaan yang berdampingan untuk tujuan pembangunan.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pengarah Tanah Dan Galian Selangor.
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
     

CARA MEMOHON

  1. 1. Mengisi 4 salinan Borang 12A dan Jadual 1 yang lengkap ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah);
  2. Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (permohonan oleh Syarikat);
  3. 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat);
  4. 10 salinan pelan tapak yang ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A dan Jururancang berdaftar;
  5. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad;
  6. 2 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP);
  7. Ulasan-ulasan jabatan teknikal;
    • Pejabat Tanah Daerah - 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan   berbentuk A4 dan 1 unit ”soft copy” berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint .
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran.
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
       
  8. Resit Cukai Tanah Tahun semasa;
  9. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini;(sah laku dalam tempoh 6 bulan); dan
  10. Salinan Hakmilik.
     

KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor  (Pindaan)  2003

 

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)



Kemaskini pada 2015-11-11 17:26:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page