PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN MMKN
Rayuan yang dikemukakan kerana tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan tidak bertentangan dengan syarat-syarat kelulusan yang diputuskan oleh MMKN sebelumnya kecuali pengenaan premium, premium khas dan cukai tanah.
- Meminda kuota jualan bumiputera.
- Meminda komponen dan jenis bangunan.
- Pengecualian kkilang kos rendah.
- Permohonan pengecualian bayaran caruman parit. (Bukti pembayaran telah dibuat).
- Permohonan pengecualian caruman Tabung Amanah Perkuburan. (Bukti pembayaran telah dibuat).
KAEDAH PERMOHONAN
- Kemukakan surat rayuan kepada Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor yang lengkap dengan alasan-alasan atau sebab mengapa syarat-syarat kelulusan MMKN perlu dipinda.
- 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ berserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
- Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
- 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan.
- Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan (berdasarkan senarai semak yang disediakan).
Permohonan pinda harga jualan, sila senaraikan harga jualan yang dicadangkan.
- Dapatkan ulasan daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH).
- Dapatkan Gross Development Value (GDV)
- Dapatkan Gross Development Cash (GDC)
- Dapatkan Return of Investment (ROI)
Permohonan pengecualian bayaran caruman parit
- Dapatkan ulasan daripada Jabatan pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS)
- FI PERMOHONAN
|
|
RM 50.00 |
|
|
RM 100.00 |
KUASA MELULUS
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Kemaskini pada 2025-09-02 17:11:53 daripada Administrator








