selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PPPP - PERMOHONAN PERAKUAN PERBADANAN PENGURUSAN

 

PPPP - PERMOHONAN PERAKUAN PERBADANAN PENGURUSAN

Permohonan Perakuan Perbadanan Pengurusan (PPPP) adalah urusan dimana pemohon boleh memohon Sijil Perakuan Penubuhan Perbadanan Pengurusan merujuk kepada Seksyen 17, Akta Hakmilik Strata 1985. Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui Borang 9, Akta Hakmilik Strata 1985.

 

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN

  • Tempoh kelulusan dianggarkan selama 30 hari bekerja.

 

CARA MEMOHON:

  • Permohonan perlu dibuat melalui Portal Awam e-Tanah oleh Perbadanan Pengurusan atau Pemohon (mengikut Borang 1-PPBB, Akta Hakmilik Strata) . Pemohon wajib mempunyai akaun pengguna sebelum membuat permohonan dan kutipan Sijil Perakuan di Kaunter Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata, Pejabat Tanah dan Galian Selangor di Tingkat 1, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
  • Pilih urusan PPPP pada Skrin Pilihan Urusan di bawah Modul Strata.
  • Melengkapkan Tab:
  1. Maklumat Hakmilik
    1. Butiran Daerah, Bandar/Pekan/Mukim, Jenis Hakmilik (GRN/PN/GM/PM), dan No Hakmilik
  2. Maklumat Pemohon –
    1. Perbadanan Pengurusan
    2. Pemohon (mengikut Borang 1-PPBB, Akta Hakmilik Strata)
  3. Maklumat Urusan
    1. Maklumat Asas Permohonan
    2. Maklumat Perbadanan Pengurusan
  4. Borang Permohonan
    1. Deraf dan Jana Borang Permohonan – Borang 9 (Seksyen 17), Akta Hakmilik Strata 1985
  5. Dokumen disertakan
    1. Borang 9 (Seksyen 17), Akta Hakmilik Strata 1985 (yang telah dijana dan lengkap ditandatangani oleh Pengerusi dan Cop Perbadanan Pengurusan).
    2. Surat Permohonan Bersama dengan Nama MC
    3. Salinan Kad Pengenalan Agen yang disahkan oleh MC
    4. Pelan Khas dan apa-apa pindaan yang diluluskan kepadanya.
    5. Minit Mesyuarat Agung semasa yang disahkan oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB)- Bagi pemohon daripada Perbadanan Pengurusan
    6. Surat Perlantikan sebagai Agen Pengurus Harta atau Wakil Perbadanan Pengurusan/Pemaju
  6. Pengesahan dokumen -Sahkan permohonan
  7. Perakuan dan Hantar Permohonan
    1. Fi bayaran dikenakan bagi setiap permohonan – RM30

 

KAEDAH BAYARAN

  1. Bayaran melalui Debit Terus Akaun (FPX) dan Cetakan Salinan Resit daripada Portal e-Tanah sahaja yang boleh dijadikan sebagai bukti Pembayaran.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

  1. Notis permohonan akan dipaparkan pada Notifikasi setelah permohonan berjaya dihantar.
  2. Rujuk Menu Status Permohonan bagi:
    1. Semakan Status terkini permohonan-
      • Permohonan Belum Diserah
      • Dalam Semakan (Pra)
      • Selesai
    2. Muat Turun Resit untuk rujukan.

 

KUTIPAN SIJIL PERAKUAN PERBADANAN PENGURUSAN

  1. Pemohon akan terima Notifikasi Sedia dikutip.
  2. Dapatkan Tarikh Temujanji dengan pegawai.
  3. Kutipan dilakukan di Kaunter Tingkat 1, Bahagian Permohonan dan Pembangunan Strata dengan membawa bersama lampiran tersebut:
    1. Surat pengesahan Wakil daripada Perbadanan Pengurusan
    2. Salinan Mykad Wakil
    3. Salinan Resit Bayaran

 

*Sila hubungi Puan Dhurga (03-5544 7517) bagi sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini.

 


Kemaskini pada 2025-08-05 08:37:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page