selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Rancangan Selangor Pertama

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan rancangan pembangunan komprehensif yang menjadi hala tuju strategik bagi negeri Selangor dalam tempoh sehingga 2025

Pautan ke Penerbitan RS-1

 

[RS-1] Majlis Simposium Prapelancaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1)

Majlis Prapelancaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) disempurnakan oleh YAB Dato Seri Amiruddin bin Shari, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor diiringi oleh YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan YBrs. Dr Nor Fuad Bin Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

     
 

[RS-1] Sesi Wacana Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi tema S.M.A.R.T. dan Tadbir Urus Berkesan

Barisan panel:

  1. YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor
  2. YBhg. Datuk Dr. Mohd Gazali Abas, Profesor Ikhtisas UKM
  3. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam
     
 

[RS-1] Majlis Pelancaran SelGDX

Majlis Pelancaran SelGDX disempurnakan oleh YAB Dato Seri Amiruddin bin Shari, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor diiringi oleh YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Salim bin Soib @ Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Puan Shazurawati binti Abdul Karim, Naib Presiden Eksekutif TM One

     
 

[RS-1] Sesi Wacana Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi tema Kelestarian (Sustainability)

Barisan panel:

  1. YB Tuan Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan Awam
  2. YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan & Alam Sekitar
  3. YB Puan Rodziah Binti Ismail, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan
  4. Datin Paduka Norazlina Zakaria, Group Chief Executive Officer Worldwide Holdings
  5. Prof Dr. Joy Jacqueline Pereira, Pensyarah Universiti Institut Alam Sekitar & Pembangunan (Lestari)
     
   

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) | Ruang Bicara

Saksikan video temuramah dari TV Bernama dalam program Ruang Bicara bersama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor berkongsi pandangan berkenaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1)

     
 
Ucapan pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) - MB
 
Ucapan pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022
     
 

[RS-1] Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 - 2025

Objektif RS-1

  1. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan rancangan pembangunan komprehensif yang menjadi hala tuju strategik bagi negeri Selangor dalam tempoh sehingga 2025;
  1. Menyusun dan melaporkan data semasa dan prospek ekonomi berkaitan Selangor untuk rujukan agensi kerajaan, pihak swasta dan rakyat;
  1. Menyediakan panduan strategi jangka pendek, pertengahan dan panjang, inisiatif dan hala tuju untuk merealisasikan Selangor sebagai negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang 2025; dan
  1. Menyediakan data dan unjuran ekonomi prospektif untuk mengukuhkan prospek ekonomi Selangor sehingga 2025.

 

     
 

[RS-1] Tema Ekonomi

  • Menyelaraskan pembangunan dan strategi pelaburan dalam sektor utama dengan menarik minat syarikat bertaraf antarabangsa dan syarikat 'Unicorn'
  • Memacu projek pemangkin melalui sektor tumpuan utama dengan memanfaatkan kelebihan Negeri dalam membuka peluang pekerjaan demi meningkatkan tahap ekonomi pasca-pandemik
  • 9 sektor tumpuan, 4 strategi utama dan 101 projek, program dan inisiatif

 

     
 

[RS-1] Tema Kelestarian

  • Menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur awam yang pintar dan mampan
  • Meningkatkan kesejahteraan hidup di samping mengutamakan kelestarian alam sekitar melalui infrastruktur hijau dan pemeliharaan sumber asli
  • Mencapai kejayaan menerusi komitmen ke arah masa depan rendah karbon
  • 5 sektor tumpuan, 14 strategi utama dan 38 projek, program dan inisiatif

 

     
 

[RS-1] Tema Sosial

  • Menyediakan peluang penjanaan pendapatan untuk semua
  • lntervensi sosial bersasar untuk golongan miskin bandar dan luar bandar
  • Memastikan masyarakat inklusif didayakan dengan perkembangan Teknologi
  • 6 sktor tumpuan, 21 strategi utama dan 72 projek, program dan inisiatif

 

     
 

[RS-1] Tema Tadbir Urus

  • Membina kerajaan S.M.A.R.T. yang setujuan, produktif, tangkas, dan  bertanggungjawab dalam menyampaikan mandate
  • Pendekatan berpaksikan Rakyat
  • Mempelbagaikan sumber hasil dan mengadaptasi transformasi teknologi untuk memacu penyampaian perkhidmatan awam
  • 5 sektor tumpuan, 12 strategi utama dan 51 projek, program dan inisiatif

 

 

Kemaskini pada 2022-10-13 08:26:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page