selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Pembangunan Dan Kemajuan Tanah - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Objektif

  • Meningkatkan prestasi, pengetahuan, kecekapan dan mutu kerja pentadbiran tanah melalui latihan-latihan dan kursus-kursus yang dirancang.
  • Mempertingkatkan kecekapan pentadbiran tanah melalui komputerisasi ke arah Kerajaan Elektronik (Electronic Government).


Fungsi

1.    Unit Tukar Syarat

Menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan, Serah Balik Dan Berimilik Semula, Serah Sebahagian Tanah Dan Serah Keseluruhan Tanah bagi  kelulusan MMKN atau PTGS. Menerima dan memproses semua permohonan Tukar Syarat Tanah di bawah “One Stop Centre” termasuk Tanah Rizab Melayu di Selangor.


2.    Unit Pelupusan / Pemberimilikan
 

Menerima dan memproses permohonan yang diterima daripada semua Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan Pemberimilikan Tanah Secara Individu atau Berkelompok, Lanjut Tempoh Pajakan, Pindaan Keluasan, Permit Ruang Udara, Pengecualian Bayaran Cukai serta Mengubah dan Meminda Sempadan Mana-Mana Daerah, Mukim, Bandar dan Pekan.

 
 3.    Unit Pindahmilik Individu / Warga Asing / Tanah Ladang
 

Menerima dan memproses semua permohonan untuk mendapatkan kebenaran Pindahmilik Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah-tanah milik individu atau syarikat samada Warganegara Malaysia atau Warga Asing atau Penduduk Tetap serta pindahmilik yang melibatkan tanah ladang dan tanah hakmilik di Negeri Selangor.

 
4.      Unit Pindahmilik Berkelompok (Blanket Consent)
 

Menerima dan memproses semua permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi tanah-tanah milik individu atau Syarikat kepada Pembeli Pertama, Permohonan Batal Ganti Nama dan Salinan Diakui Sah (CTC) (bagi tujuan perserahan) di Negeri Selangor.


5.     Unit Permit Bahan Batuan dan Mineral

Menerima dan memproses permohonan berkaitan pengeluaran Sumber Bahan Batuan dan Mineral di atas Tanah Kerajaan dan Tanah Hakmilik di bawah Peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, Kaedah Tanah Selangor 2003, Kaedah Kuari Selangor 2003, Enakmen Mineral (Selangor) 2000 dan Peraturan-Peraturan Mineral 2007 dan pengumpulan data-data berkaitan Sumber Bahan Batuan dan Mineral. Bertanggungjawab menyediakan dasar-dasar yang mampan bagi mengurus Sumber Bahan Batuan dan Mineral secara optima dengan amalan pengurusan terbaik serta merintis kepada peningkatan hasil Negeri.


6.     Unit Pewartaan, Pajakan, Tender & Jualan Terus / LPS.

Menerima dan memproses semua permohonan  yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah bagi urusan permohonan Perizaban Tanah Kerajaan untuk tujuan kegunaan awam dan Rumah Ibadat Bukan Islam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN), Perizaban Tanah Orang Asli di bawah seksyen 6 & 7 Akta Orang Asli 134 dan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 KTN.
 
Selain itu, unit ini menerima dan memproses semua permohonan pajakan tanah Rizab Kerajaan di bawah Seksyen 63 KTN yang diterima daripada pemohon.
 
Unit ini juga menerima dan memproses semua permohonan  yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah di Selangor bagi permohonan pelupusan tanah secara tender terbuka atau jualan terus di bawah Seksyen 76 KTN.

 

Kemaskini pada 2019-02-13 12:02:53 daripada Hafiza

  •  
  • Print
  • Email this page