selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Perundangan - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Pengenalan (Objektif + Fungsi)

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perundangan yang profesional, adil, efisien dan mengikut lunas Perlembagaan dan undang-undang

 

FUNGSI
 

Penasihatan

  • Memberi pandangan perundangan berhubung hal ehwal tanah kepada Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah
  • Menyemak perjanjian yang ditandatangani oleh Jabatan
  • Menyemak kertas siasatan yang disediakan oleh Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah,  mendapatkan persetujuan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan mendapatkan izin kompaun atau pendakwaan daripada Pendakwa Raya bagi kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965

 

Penggubalan Undang-Undang

  • Menyediakan draf kaedah bagi cadangan kaedah baru /pindaan di bawah Selangor Land Rules 2003, Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Selangor) 1987 dan Kaedah-Kaedah Kuari 2003
  • Menyediakan draf rang undang-undang bagi cadangan undang-undang baru / pindaan berkaitan tanah di bawah Enakmen Rizab Melayu (Selangor)dan Enakmen Mineral 2000
  • Merangka cadangan pindaan oleh Jabatan dan Pejabat Tanah Daerah bagi Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985

 

Pengendalian Kes-kes Sivil

  • Mengendalikan kes-kes sivil bagi pihak Pengarah Tanah dan Galian Selangor / Pentadbir Tanah Daerah / Kerajaan Negeri Selangor

 

Sokongan

  • Permohonan Pengesahan Status Bumiputera (Individu) Bagi Tujuan Membeli Hartanah Di Bawah Kuota Bumiputera Di Negeri Selangor
  • Pengesahan status 'Melayu' (syarikat/individu) di bawah seksyen 20 Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
  • Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Kedua, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
  • Permohonan Penyenaraian Di Bawah Jadual Ketiga, Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
  • Permohonan perwataan rizab awam di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Pembatalan pewartaan rizab awam di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan pewartaan tanah rizab Melayu / batal ganti tanah rizab Melayu
  • Permohonan Warta Jawatan Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Selangor / Pejabat Daerah dan Tanah / Jabatan Geosains dan Mineral

Kemaskini pada 2019-01-10 16:19:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page