selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Suara Anda 2015

Senarai maklumbalas yang dipaparkan ini adalah maklumbalas orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Galian Negri Selangor . Setiap maklumbalas yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini. Terima kasih di atas sokongan anda.
 
BIL PERKARA PENGADU TARIKH ADUAN DITERIMA TARIKH MAKLUM BALAS NO RUJUKAN (SUMBER) STATUS
DAERAH : KLANG
1 Pertukaran alamat surat-menyurat untuk Bil Hasil Tanah & Cukai t - Tuan/Puan, Saya telah menghantar Borang 26A ke Majlis Perbandaran Klang dan Selangor pada tahun 2012 tetapi, Bil Hasil Tanah and Bil Cukai Tanah saya untuk tahun 2014 & 2015 masih dihantar ke alamat Ipoh oleh pihak tuan. Diharap pihak tuan boleh menukar alamat surat-menyurat saya kepada 41, Jalan Gamelan 3, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang supaya tiada kegagalan menerima Bil Hasil tanah & Cukai Tanah setiap tahun. Yang benar, Eileen Ong No. hakmilik: 0162808 No lot/PT: 0046760 EILEEN ONG 2016-01-08 23:44:52 2016-01-12 09:27:03 348737
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Pentadbiran ini telah menghubungi puan dan memaklumkan agar mengisi semula Borang 26A (Pemberitahuan Pertukaran Alamat) dan di hantar terus melalui alamat emel ptgs@selangor.gov.my bagi tujuan kemaskini kepada alamat semasa. Mohon disertakan bersekali dengan salinan kad pengenalan dan salinan bil hasil tanah/ geran. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
2 tukar alamat - Sudah 2 tahun saya hantar borang 26 tukar alamat di kaunter Shah Alam dan email sekali Tetapi sehingga hari ini alamat baru saya tidak di update Diminta jasa baik tuan update alamat ikut alamat harta yang tertera ONG YUET KIEW 2016-01-15 08:24:22 2016-01-15 16:32:12 675534
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Untuk makluman puan, semakan mendapati nombor akaun 010310008915200996914 di atas nama PCP CONSTRUCTION SDN BHD. Tiada perubahan alamat surat-menyurat bagi hakmilik ini. Manakala, bagi nombor akaun 010310005294900542577 di atas nama pemilik GOH PIAN CHIANG juga tiada perubahan alamat yang dilakukan. Bagi nombor akaun 010310014510301402921 Pentadbiran ini mendapati ia telah dikemaskini ke atas nama pemilik baru iaitu RAGHAVAN A/L MUNIYANDI. Sehubungan itu, Pentadbiran ini telah menghubungi puan dan memaklumkan supaya membuat permohonan dengan mengisi dan menghantar semula permohonan pertukaran alamat terus ke Bahagian Pendaftaran Hakmilik, PTGS secara e-mel bagi hakmilik individu, manakala secara pos atau hadir ke kaunter bagi hakmilik syarikat. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
3 kilang beroperasi tidak mengikut waktu. - 1 ) Kilang beroperasi tanpa mengikut waktu . 2 ) Mengeluar kan bunyi bising.(disyaki memotong besi) 3 ) Kilang beroperasi tanpa ada tanda perniagaan. ZAMRI ZAINAL 2016-02-14 08:31:28 2016-02-15 09:48:22 323358
(Web)
-SELESAI-
Tuan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Bagi membolehkan Pentadbiran ini membuat siasatan dan tindakan lanjut, tuan dipohon untuk mengemukakan butiran seperti alamat/ lokasi kilang dan gambar sekiranya ada. Maklumat tersebut boleh dihantar menerusi e-Aduan atau e-mel ke nurulmurni@selangor.gov.my. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
4 Service Charges naik terlampau tinggi - Kepada Tuan/ Puan yang dihormati, Saya telah membeli sebuah unit pangsapuri di MENARA U2 , seksyen 13 Shah Alam, semasa tandatangan surat perjanjian jual beli di beritahu yuran SERVICE CHARGES adalah RM 0.20 kps, selepas setahun genap yuran SERVICE CHARGES telah naik dari RM0.20 ke RM 0.37 kps lebih kurang 86%, i nak tanya adakah perkara seperti ini diizinkan, di manakah hak pemilik? Dan di Jabatan mana yang boleh membela hak pemilik, pangsapuri tu baru setahun je, harap pihak Tuan/ Puan boleh ambil tindakannya yang sepatut untuk menjaga kepentingan pembeli/pemilik, sekian Terima Kasih banyak. AFIQ WAN BIN ABDULLAH 2016-04-19 10:50:14 2016-04-19 15:26:02 136583
(Web)
-SELESAI-
Tuan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Untuk makluman tuan, keputusan pihak JMB untuk menaikkan yuran penyelenggaraan perlu melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang melibatkan Jawatankuasa/ Wakil Penduduk. Persetujuan hanya boleh dibuat apabila mendapat undian secara majoriti. Sehubungan itu, syor Pentadbiran ini agar tuan atau Jawatankuasa Penduduk berjumpa dengan pihak JMB pangsapuri tersebut bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kenaikan yuran penyelenggaraan. Sekiranya perkara tersebut tidak dapat diselesaikan tuan boleh membuat aduan terus kepada Commisioner Of Building (COB) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Rifana Bin Ab Razak di talian 03-5510 5133 sambungan 1716. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
5 carian nama dalam geran rumah - Bagaimana cara untuk pertahankan rumah yg dijual oleh ayah FARAH WAHIDAH BINTI HARUN 2016-04-27 11:41:34 2016-05-05 08:52:22 196610
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Untuk makluman puan, waris atau orang yang berkepentingan boleh membuat permohonan Kaveat di Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Tanah dan Galian Selangor mengikut milikan hartanah. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini puan boleh menghubungi Bahagian Pendaftaran, Pejabat Tanah dan Galian Selangor di talian 03-5544 7898. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
6 MAKLUMAT KEPADA PELANGGAN TIDAK TEPAT & PROSES MENUNGGU BICARA K - 1. SAYA DIPANGGIL HADIR BICARA KUASA BATAL PENTADBIR PADA 10 MEI 2016 (SELASA) JAM 10.20 PAGI (SURAT PANGGILAN DILAMPIRKAN), WALAU BAGAIMANAPUN, APABILA SAYA TIBA DI PEJABAT JKPTG SELANGOR PADA 10.10 PAGI SAYA DIMINTA AMBIL NOMBOR GILIRAN, DAN DIPANGGIL MASUK KE KAMAR BICARA PADA 1.30 PETANG. JKPTG SELANGOR TIDAK MEMATUHI MASA SEPERTI MANA DICATAT DALAM SURAT PANGGILAN YANG MENYEBABAKAN SAYA DAN AHLI KELUARGA YANG PERLU HADIR MENUNGGU LAMA DAN ADA KALANGAN AHLI KELUARGA YANG MENGAMBIL TIME OFF TERPAKSA CUTI PADA HARI TERSEBUT. SEKIRANYA SAYA TAHU PROSES DI JKPTG ADALAH PERLU AMBIL NOMBOR DAN MENUNGGU SUDAH PASTI SAYA AKAN HADIR LEBIH AWAL. 2. SEHARI SEBELUM TARIKH BICARA KUASA, SAYA ADA MENGHUBUNGI JKPTG SELANGOR UTK MENGESAHKAN KEHADIRAN ADIK BERADIK, SAYA NYATAKAN SEMASA DI TELEFON URUSAN YANG AKAN SAYA BUAT DAN JENIS SURAT YANG SAYA TELAH TERIMA. PEGAWAI WANITA YANG MENJAWAB TELEFON (SAYA TIDAK CATAT NAMA PEGAWAI TERSEBUT) MEMBERI MAKLUMAT YANG TIDAK BETUL MENYEBABKAN PADA HARI BICARA SAYA TELAH DITEGUR OLEH PENTADBIR TANAH KERANA SAYA DIDAPATI TIDAK MEMATUHI DAN MENYEDIAKAN DOKUMEN YANG LENGKAP. NORHAZUWANTI BINTI KAMARUZAMAN 2016-05-11 16:06:26 2016-05-19 09:38:17 933903
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Merujuk kepada aduan puan, syor Pentadbiran ini agar puan merujuk perkara tersebut kepada pihak JKPTG Negeri Selangor di talian 03-3341 4194 untuk mendapatkan maklumbalas lanjut. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
7 TIDAK TERIMA BIL CUKAI TANAH - SAYA MASIH BELUM TERIMA BIL CUKAI TANAH, IAITU PERTAMA KALI SETELAH TUKAR NAMA PEMILIK. NURUL SALWA AHMAD 2016-05-16 11:56:07 2016-05-20 16:55:27 954885
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Untuk makluman puan, semakan ke atas Hakmilik H.S(M) 52178 PT 141819 TEMPAT JALAN KEBUN, MUKIM KLANG, DAERAH KLANG mendapati hakmilik adalah kepunyaan Pejabat Tanah Daerah Klang. Justeru, puan boleh merujuk perkara tersebut ke Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Daerah Klang di talian 03-3371 1963. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
8 pertanyaan kaveat - Boleh sy thu kaveat pendaftar ni boleh ke dibatalkan oleh ayah sy..sekiranya dia ingin menjual rumah yg ada pemegang amanah ke atas bahagian sy dan abg sy.seperti yang sy lampirkan bhgian pencarian.pegawai pjbt tanah kata rumah tu tak blh dijual bab sudah di kaveat pendaftar tp sy takut ayah sy buat pembatalan kaveat tu jual rumah tu FARAH WAHIDAH BINTI HARUN 2016-05-20 09:40:56 2016-05-24 16:51:54 567085
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kembali.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
9 TUKAR ALAMAT ONLINE - TUAN, PUAN. Saya ingin minta tanya, bolehkah saya tukar alamat rumah ( cukai tanah ) secara online? sebahnya saya tak tahu pergi tempatnya. kalau sudah isi borongnya bolehkah hantar email, sebab saya sudah banyak tahun tak terima surat Cukai Tanah rumah sendiri, saya buat bayaran dengan NO. Akuan sahaja. Kalau saya nak bayar dekat counter pun tak boleh sebab tak ada surat cukai tanah. (tapi tak ada hutang ) Harap Tuan, Puan boleh biar saya tahu, lagi ada cara tukar alamat. lagi ada satu tanyaran. saya ada numpak dekat Bandar Bukit Raja Klang yang buat IC, sebelah ada satu building,building tu nama PEJABAT TANAH AND GALIAN NEGERI SELANGOR bolehkah saya tukar alamat dekat situ? terima kasih. TUAN, PUAN. TAN BEE YEAN 2016-05-27 11:29:05 2016-05-27 16:07:11 948300
(Web)
-SELESAI-
Puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Untuk makluman puan, Borang 26A dan Panduan Pengisian Borang telah dihantar menerusi e-mel pinkyyen96@yahoo.com untuk rujukan dan tindakan puan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
Disemak Oleh Nurul Murni Suryani
 

Kemaskini pada 2019-01-15 11:03:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page