Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Polisi

Polisi Penggunaan Internet PTGS

PTGS telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan  penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat.

Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan:

  •     Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan (Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000);
  •     Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (Pekeliling Am Bil 1/2001 bertarikh 4 April 2001);
  •     Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam (MyMIS); dan
  •     Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan (PKPA Bil 1 Tahun 2003)

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) PTGS telah melaksanakan peningkatan infrastruktur keselamatan ICT bagi membendung penularan aktiviti negatif yang mudah dicapai melalui ICT di samping melindungi aset ICT Kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Justeru, beberapa polisi keselamatan ICT  dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut:

  •     Kemudahan Chatting melalui internet dihentikan dan sekatan secara automatik akan dilaksanakan bagi sebarang cubaan akses;
  •     Kemudahan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan seperti laman web porno, chat forum, P2P (termasuk KAZAA, Napster) dan sebagainya turut disekat secara automatik;
  •     Kemudahan memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan gambar yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan turut disekat secara automatik

Langkah-langkah pelaksanaan polisi keselamatan di PTGS dilaksanakan untuk tidak menjejaskan sistem ICT di pejabat dan memastikan kelancararan tugas rasmi. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan seperti melayari laman web porno atau memuat turun pelbagai gambar, lagu dan video melalui internet pada waktu pejabat akan menggunakan bandwidth (The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time expressed in bits per second or bytes per second) yang tinggi boleh memberi gangguan kepada sistem rangkaian.

Sekiranya YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mematuhi polisi yang dimaklumkan tetapi masih menghadapi masalah penggunaan internet, sila laporkan kepada Helpdesk BTM di talian 03-5544 7892 untuk tindakan susulan. Jika terdapat keperluan khusus melayari laman web yang telah disekat, sila e-mel kepada webmasterptg@selangor.gov.my untuk semakan dan pengesahan.

Pihak BTM akan memaklumkan pelaksanaan polisi ini melalui e-mel rasmi Jabatan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan amat diperlukan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan masing-masing supaya mematuhi segala polisi keselamatan ICT ini bagi memastikan kelancaran tugas rasmi.



Kemaskini pada 2015-12-07 12:01:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor