|
PEMBAYARAN CUKAI TANAH SECARA ONLINE HENDAKLAH DIBAYAR ATAS NAMA / KEPADA : 1. SELANGOR-CUKAI HASIL TANAH 2. KERAJAAN NEGERI SELANGOR-CUKAI HASIL TANAH Cukai tanah juga boleh dibayar secara online melalui MAYBANK, CIMB, HSBC, BANK ISLAM, RHB, AMBANK, POS ONLINE dan MBF Cards. Pembayar-pembayar cukai secara online boleh menyemak status pembayaran cukai tanah selepas tujuh(7) hari bekerja di Kaunter Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/ Bank Draf hendaklah di atas nama "Bendahari Negeri Selangor" dan dipalang "Akaun Penerima Sahaja". Sila catitkan Nama, No.Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf. Pembayaran juga diterima melalui Kad Kredit. Pembayaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana Kaunter Pejabat Tanah dan Galian Selangor(PTGS) dan Pejabat Tanah Dan Daerah(PTD) di Selangor.
Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter-kaunter berikut :- a) Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Selangor. b) Kaunter Pejabat Pos di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan. |