selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Soalan Lazim - Bahagian Hasil

1. Di manakah saya boleh dapatkan Bil Hasil Tanah jika saya tidak menerimanya?
Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Hasil Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.
 
 2. Kenapa saya tidak boleh menukarkan alamat di Bil Hasil Tanah?
Sebarang penukaran alamat hendaklah dibuat di atas geran sahaja. Pemilik tanah berdaftar hendaklah mengisi Borang 26A Perubahan Alamat dan menghubungi Bahagian Pendaftaran Hakmilik Pejabat Tanah & Galian atau Pejabat Tanah & Daerah dimana hartanah pemilik berada untuk urusan tersebut.
 
3. Adakah saya perlu membayar Bil Hasil Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?
Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.
 
4. Dimanakah saya boleh membayar Bil Hasil Tanah?
Bil Hasil Tanah boleh dibayar di kaunter Pejabat Tanah & Galian, Pejabat Tanah & Daerah, Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran & Majlis Daerah di seluruh Selangor (tunai sahaja) dan di Kaunter Pejabat Pos seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan (tunai sahaja). Bil Hasil Tanah juga boleh dibayar secara perbankan internet melalui bank-bank terpilih (sila rujuk Bil untuk maklumat bank)

Kemaskini pada 2018-06-07 14:37:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page