Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Soalan Lazim - Bahagian Perundangan

Pewartaan tanah bagi maksud awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, 1965
S Berapakah tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan pewartaan tanah (salinan bersih warta)?
J Lebih kurang 2 minggu hingga ke 3 minggu
   
S Bagaimana ingin mendapatkan salinan bersih warta?
J Boleh didapati di Pejabat Tanah Daerah ataupun boleh dibeli di Percetakan Nasional Berhad
   
Pembatalan pewartaan tanah di bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara, 1965
S Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk memproses permohonan pembatalan pewartaan? Prosedur yang terlibat.
J Lebih kurang 3 bulan. Permohonan melalui Pejabat Tanah Daerah dan Bahagian Perundangan PTGS akan seterusnya mengangkat permohonan tersebut untuk pertimbangan Menteri Besar. Satu Siasatan akan diadakan dan seterusnya warta bersih pembatalan pewartaan akan dicetak keluar.
   
Pewartaan di bawah Jadual Kedua dan Ketiga Enakmen Rizab Melayu (Selangor)
S Apakah perbezaan antara permohonan pewartaan di bawah Jadual Kedua dan pewartaan di bawah Jadual Ketiga?
J Pewartaan Jadual Kedua adalah bagi permohonan untuk memegang gadaian bagi tanah Rizab Melayu. Pewartaan Jadual Ketiga adalah bagi permohonan untuk menerima pindahmilik tanah rizab Melayu.
   
S Adakah pemohon perlu mengisi Borang Permohonan?
J Tidak perlu. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sepertimana yang disenaraikan dalam Senarai Semak yang boleh didapati dari Bahagian Perundangan PTGS dan permohonan akan dikenakan bayaran fi RM200.
   
S Berapakah tempoh masa memproses permohonan?
J Lebih kurang 2 bulan. Pengesahan status Bumiputera (individu) bagi pembelian hartanah di bawah kuota Bumiputera
   
S Apakah yang harus dilakukan oleh pemohon sekiranya permohonan Pemohon ditolak?
J Pemohon bolehlah merayu kepada keputusan penolakan tersebut. Bahagian Perundangan PTGS akan seterusnya mengangkat permohonan rayuan Pemohon untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.


Kemaskini pada 2015-11-12 12:39:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor