Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Soalan Lazim - Bahagian Korporat & Audit Pengurusan Tanah

S Apakah saluran-saluran yang ada untuk membuat aduan?
J

Orang awam boleh membuat aduan melalui saluran-saluran berikut:-

  • Sistem e-Aduan
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
  • Emel: ptgs@selangor.gov.my
  • Hadir sendiri ke Tingkat 4, PTGS
  • Surat / Faks : 03-5510 2658
  • Talian Bebas Tol - 1800 88 2624
  • Telefon: 03-5544 7344 / 7823
  • Kaunter Aduan Bergerak Hari Bertemu Pelanggan
   
S Apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat aduan?
J

Berikut adalah maklumat dan dokumen yang diperlukan apabila mengemukakan aduan:-

  • Maklumat peribadi pengadu seperti nama, alamat, No.telefon, alamat emel, no. faks dan yang berkaitan.
  • No. Hakmilik, No. Lot dan No. Rujukan / Perserahan.
  • Salinan dokumen sokongan seperti sijil. pelan, resit dan sebagainya serta gambar-gambar (jika ada)
   
S Apa yang boleh saya adukan?
J Semua  aduan yang berkaitan dengan tanah atau perkhidmatan yang dirasakan tidak menepati piagam pelanggan dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
   
S Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
J Tiada. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.
   
S Adakah semua jenis aduan boleh dirujuk kepada  PTGS?
J

Ya, KECUALI aduan:

  1. Terhadap Dasar-Dasar kerajaan
  2. Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa:
  • Jawatankuasa Kira-Kira Awam
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  • Biro Bantuan Guaman
  • Mahkamah
   
S Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
J Boleh, dengan izin pengadu.
   
S Berapa lama Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) membuat siasatan?
J Mengikut Standard Operating Procedures (SOP) PTGS setiap aduan yang dikemukakan mesti diselesaikan dalam tempoh 15 hari. Bagaimanapun ia tertakluk kepada aduan yang dikemukakan. Sekiranya aduan tersebut mudah, penyelesaian segera dan jika aduan berkenaan rumit, ia akan mengambil tempoh antara 5 hingga 10 hari untuk siasatan.

Kemaskini pada 2018-06-13 10:39:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor