Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Soalan Lazim - Bahagian Hakmilik Strata

 

S    Apa itu Skim Strata?
J
    Skim strata merupakan suatu projek pembangunan di mana blok-blok bangunan bertingkat dan/atau tanah dipecah bahagikan kepada petak-petak utama, petak aksesori dan harta bersama, yang terletak di dalam satu kawasan berpagar atau “gated community”. Contoh skim strata adalah seperti perumahan jenis kondominium, pangsapuri, “townhouse” , rumah kedai dan skim harta tanah strata.
 
S    Apa itu Hakmilik Strata?
J
    Hakmilik Strata merupakan suatu dokumen geran yang dikeluarkan untuk pemilik unit di dalam suatu skim strata, contohnya unit pangsapuri, rumah pangsa, kompleks komersial dan sebagainya.
 
S    Apakah hak-hak saya sebagai pemilik petak?
J
    Pemilik petak mempunyai hak untuk:
        i.Menjalankan transaksi urusniaga dan bukan urusniaga, contohnya pindahmilik, gadaian dan sebagainya;
        ii.Mengundi di dalam Mesyuarat Agong tahunan dan Mesyuarat Luar Biasa, dengan syarat bahawa segala fi pembayaran kepada Perbadanan Pengurusan telah dijelaskan;
        iii.Menggunakan Harta Bersama yang disediakan;
        iv.Menerima perkhidmatan utiliti seperti bekalan air, pembentungan, perparitan, bekalan elektrik, kutipan sampah dan lain-lain; dan
        v.Menyemak rekod-rekod kewangan Perbadanan Pengurusan
 
S    Apa itu Harta Bersama?
J
    Harta Bersama ertinya mana-mana bahagian daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukka dalam pelan strata yang diperakukan.  Contohnya, lif, tangga, tempat letak kereta pelawat, pondok pegawai keselamatan dan sebagainya.
 
S    Apa itu Petak Aksesori?
J
    Petak aksesori merupakan petak selain petak utama yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata (petak utama), contohnya tempat letak kereta khas untuk pemilik unit.
 
S    Apakah perbezaan di antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan Perbadanan Pengurusan (MC)?
J
    Badan Pengurusan Bersama diwujudkan apabila terbukanya daftarai strata dan hakmilik-hakmilik strata dikeluarkan di atas nama pemaju. Pembeli-pembeli petak strata adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama pemaju menjalankan pengurusan bangunan. Pemaju juga masih ada “kerusi” di dalam JMB dimana pemaju berhak memberi nasihat, mengemukakan undi dan membuat keputusan ke atas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan. Pembeli juga wajib untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Caruman yang diuruskan oleh pemaju pada peringkat ini.
 
Perbadanan Pengurusan wujud setelah hakmilik-hakmilik strata yang telah dikeluarkan dipindahmilik kepada pembeli. Pembeli, setelah diberimilik hakmilik strata secara rasmi menjadi pemilik petak strata berkenaan, dan diberi satu “kerusi” di dalam MC. MC merupakan suatu badan korporat yang wujud menurut kuasa seksyen 17 Akta, mempunyai meterai atau “common seal” dan boleh didakwa atau mendakwa. Ianya tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. MC adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan dan penyelenggaraan bangunan, serta pengurusan rekod dan pengurusan Kumpulan Wang Caruman.
 
S    Adakah pemilik petak wajib membayar kedua-dua Cukai Taksiran dan Kumpulan Wang Caruman (Management Fund) secara berasingan?
J
     Ya, kerana ia merupakan fi pembayaran yang berlainan.
 
Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan atau hartanah berkadar yang ada di kawasan pentadbiran sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan.
 
Manakala fi bagi Kumpulan Wang Caruman dikenakan ke atas pemilik petak dengan maksud bagi pengurusan sesuatu skim strata itu.
 
S    Apa itu Kumpulan Wang Caruman?

J    Kumpulan Wang Caruman merupakan suatu dana yang diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan (MC) bagi maksud menyelenggara bangunan, membayar premium insuran kebakaran, serta caj-caj lain yang berkenaan dengan pengurusan bangunan. Setiap pemilik petak adalah wajib untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Caruman ini. 

CUKAI PETAK

1. S: Apa itu Cukai Petak?
  J: Cukai Petak ialah cukai yang dikenakan keatas hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah.
                                                                                                                                                    
2. S: Siapa boleh ambil Bil Cukai Petak?
  J: JMB/ Individu boleh mendapatkan Cukai Petak di Bahagian Hakmilik Strata dan Bahagian Hasil PTGS serta Pejabat Tanah Daerah. Perlu bawa maklumat hakmilik strata yang lengkap.
     
3. S: Siapa yang keluarkan Bil Cukai Petak?
  J: Dikeluarkan oleh PTGS bagi hakmilik GRN/PN & PTD bagi hakmilik GM/PM.
     
4. S: Siapa perlu bayar bil berkenaan?
  J: Bagi skim strata yang masih belum dikeluarkan hakmilik strata, masih tertakluk kepada Cukai Tanah (Master Title) yang dikutip oleh JMB. Manakala skim strata yang telah dikeluarkan hakmilik strata, Cukai Petak dibayar oleh setiap pemilik petak / JMB (Sila rujuk dengan JMB untuk maklumat lanjut).
     
5. S: Dimanakah bayaran Cukai Petak boleh dibuat?
  J: Bayaran boleh dibuat di kaunter hasil PTGS & PTD seluruh Negeri Selangor. 
     
6. S: Cukai Tanah 2018 telah dibayar, adakah masih perlu bayar Cukai Petak 2018?
  J: Ya, Wajib bayar Cukai Petak 2018. Cukai Tanah 2018 yang telah dibayar akan dibuat pelarasan pada tahun 2019.
     
7. S: Urusniaga 2018 (Pindahmilik)?
  J: Rujuk kepada Arahan PTGS Bil.1/2018 : Pendaftaran Urusniaga Ke Atas Hakmilik Untuk Skim Pembangunan Berstrata Bagi Tempoh Peralihan Sebelum Pelaksanaan Cukai Petak Hakmilik Strata. Perlu bayar Cukai Petak semasa sebelum sebarang urusniaga dijalankan. Sekiranya terdapat tunggakan Cukai Tanah pada tahun 2017, ia akan dimasukkan ke dalam Cukai Petak semasa.
     
     











 

 


Kemaskini pada 2018-07-02 17:41:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor