PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK MENYELURUH (BLANKET CONSENT)
Kaedah mendapatkan kelulusan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memindahmilik hakmilik daripada nama pemaju kepada nama pembeli pertama bagi projek pembangunan yang mempunyai sekatan kepentingan setelah hakmilik individu dikeluarkan (landed title/strata title).
BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan dibuat melalui Unit Blanket Consent, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON (Borang Permohonan Kebenaran Pindahmilik Menyeluruh (Blanket Consent) )
- Surat permohonan rasmi oleh pemaju/pelikudasi/pentadbir.
- Surat kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bagi pembangunan projek yang dipohon.
- Salinan surat kelulusan pindaan syarat MMKN. (cth: pengecualian kuota, pindaan pembangunan dan yang berkaitan)
- Salinan Pelan Susunatur ( Layout Plan ) yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD) mengikut surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).
- Surat Akuan Berkanun/Surat Sumpah oleh pemaju/pelikudasi/pentadbir
- Borang 9/24/49/Memorandom & Articles Of Association oleh syarikat pemaju/pelikudasi/pentadbir dan salinan Power Of Attorney ( bagi yang berkaitan)
- Senarai nama pembeli bumiputera – Lampiran A dan Senarai nama pembeli bukan bumiputera Lampiran A1.
- Analisa Status Jualan Terkini mengikut format di Lampiran B.
- Senarai kelulusan terdahulu mengikut format di Lampiran C(jika ada)
- Maklumat Tambahan mengikut format di Lampiran D.
- Salinan perjanjian Jual Beli antara pemaju dengan pembeli pertama (Sales And Purchase Agreement)
- Borang 9/24/49/ Memorandom & Articles Of Association dan salinan maklumat korporat (SSM e-info) bagi pembeli dari syarikat Bumiputera.
- Softcopy (CD/Pendrive) mengandungi Lampiran A, A1, B, C dan D.
PENGECUALIAN
Kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) tidak tertakluk kepada hakmilik yang dikeluarkan atas nama pemaju/tuan tanah yang tiada sekatan (Free Hold)
NOTA TAMBAHAN :-
Permohonan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) juga diperlukan sekiranya :-
1. Terdapat surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah/Daerah yang perlu mendapat pengesahan semula oleh Pihak Berkuasa Negeri semasa urusan pendaftaran.
2. Terdapat surat kelulusan dasar yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri berhubung kebenaran pindahmilik dan menggadai kepada pembeli - pembeli pertama bagi sesuatu projek pembangunan.
PERMOHONAN PEMBATALAN DAN PENGGANTIAN NAMA PEMBELI KEDUA (Borang Permohonan Pembatalan Dan Penggantian Nama Pembeli Kedua )
BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan dibuat melalui Unit Blanket Consent, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Surat permohonan rasmi oleh pemaju/pemilik tanah/pelikudasi/pentadbir atau melalui pemaju/pemilik tanah/pelikudasi/pentadbir
- Salinan surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent)
- Salinan surat perjanjian jual beli kepada pembeli kedua (subsale) / Proclamation Of Sale´ (bagi kes lelongan)/perintah Mahkamah/perintah Pesaka
- Salinan kad pengenalan pembeli pertama dan pembeli kedua.
- Senarai Pembatalan dan Penggantian nama pembeli yang dipohon mengikut format / contoh seperti di Lampiran A sebanyak 3 salinan.
- Analisa Status Jualan Terkini mengikut format di Lampiran B.
- Senarai kelulusan batal dan ganti terdahulu mengikut format di Lampiran C (jika ada)
- Borang 9/24/49/ Memorandom & Articles Of Association dan salinan maklumat korporat (SSM e-info) bagi pembeli kedua daripada syarikat Bumiputera (jika berkenaan)
- Softcopy ( CD/Pendrive ) mengandungi Lampiran A, B dan C.
BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan dibuat melalui Unit Blanket Consent, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Mengisi borang permohonan salinan diakui sah (CTC)
- Bagi salinan surat kelulusan yang diterima kurang daripada 100 salinan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Bagi salinan surat kelulusan yang diterima lebih daripada 100 salinan akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja.
FI PERMOHONAN
- Salinan sah hakmilik – RM50.00 (bagi setiap satu hakmilik)
- Permohonan – RM50.00 (bagi setiap satu hakmilik)
* Bayaran tersebut akan dinyatakan didalam setiap salinan surat kelulusan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent) dan dijelaskan semasa urusan pendaftaran bagi setiap hakmilik yang diluluskan.
KUASA MELULUSKAN
- YAB. Dato’ Menteri Besar - bagi permohonan kebenaran pindahmilik menyeluruh (Blanket Consent)
- Pengarah Tanah dan Galian Selangor - bagi permohonan pembatalan dan penggantian kepada pembeli kedua
Kemaskini pada 2015-11-12 10:26:53 daripada Administrator