Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Permohonan Serahbalik Dan Pemberimilikan (Lanjut Tempoh Pajakan)

Permohonan Serahbalik Dan Pemberimilikan (Lanjut Tempoh Pajakan) Di Bawah Seksyen 197 Dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara
Serah Balik Tanah dan Pemberimilikan tanah bermaksud :

  • Menyerah balik seluruh tanah yang terkandung di dalam miliknya dan memohon semula tanah kerajaan secara berimilik dan dipegang di dalam satu hakmilik;
  • Untuk tujuan lanjut tempoh pajakan.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

  • Pemilik Tanah Berdaftar

BAGAIMANA MEMOHON

  1. Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah
  2. Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A)
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

CARA MEMOHON
Mengisi 4 salinan Borang 12A ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik / Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah dan Borang Jadual 1 diisi oleh pemohon

  1. 1 salinan 'Memorandum And Article Of Association' beserta Borang 24 dan 49 yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
     
  2. 4 salinan pelan tatatur dan pra-hitungan (warna) yang ditandatangani oleh pemilik tanah/pemegang P.A dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
    • Pejabat Tanah Daerah (3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit "soft copy" berbentuk disket atau cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran (untuk 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Tenaga Kerja (untuk 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (untuk 100 ekar ke atas)
       
  3. Ulasan-ulasan jabatan teknikal (Jika Perlu)
     
  4. 1 salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
     
  5. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
     
  6. Salinan hakmilik tanah
     
  7. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran

FI PERMOHONAN

  • Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah
     

PREMIUM

  • Mengikut Kaedah Tanah Selangor
     

KUASA MELULUSKAN

  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Kemaskini pada 2015-11-12 10:24:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor