Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Permohonan Serah Balik Tanah Dan Pemberimilikan Tanah

Permohonan Serah Balik Tanah Dan Pemberimilikan Tanah (Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara)

Serah Balik Tanah dan Pemberimilikan tanah bermaksud :

  • Menyerah balik seluruh tanah yang terkandung di dalam miliknya dan memohon semula tanah kerajaan secara berimilik dan dipegang di dalam satu hakmilik;
  • Untuk tujuan lanjut tempoh pajakan dan pembangunan

 
BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah (Permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A)
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 
CARA MEMOHON

  1. Mengisi 4 salinan Borang 12A ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik / Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah dan Borang Jadual 1 diisi oleh pemohon
     
  2. 1 salinan 'Memorandum And Article Of Association' beserta Borang 24 dan 49 yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
     
  3. 10 salinan pelan tatatur dan pra-hitungan (warna) yang ditandatangani oleh pemilik tanah/pemegang P.A dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang
     
  4. 1salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad
     
  5. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
     
  6. Ulasan-ulasan jabatan teknikal
    • Pejabat Tanah Daerah (3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit "soft copy" berbentuk disket atau cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran (untuk 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Tenaga Kerja (untuk 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (untuk 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
       
  7. 1 salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
     
  8. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
     
  9. Salinan hakmilik tanah
     
  10. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran
     
  11. Senarai anggaran harga rumah kediaman/perniagaan/industry
     
  12. 1 pelan Tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital "soft copy" berbentuk disket atau cakera padat dalam format Powerpoint.

*Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.

 

FI PERMOHONAN

  • Serah - RM100 setiap hakmilik
  • Pemberimilikan (Item 61 Kaedah 21)

A) Pertanian

  • Kurang daripada 2 hektar (5 ekar) - RM10
  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) - RM50
  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) - RM100

B) Bangunan Kediaman

  • Kurang daripada 2 hektar (5 ekar) - RM50
  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) - RM100
  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) - RM200

C) Bangunan Perniagaan

  • Kurang daripada 2 hektar (5 ekar) - RM100
  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) - RM200
  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) - RM300

D) Industri

  • Kurang daripada 2 hektar (5 ekar) - RM100
  • Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) - RM200
  • Lebih dari 10 hektar (25 ekar) - RM300

PREMIUM
Mengikut Kaedah Tanah Selangor

 
KUASA MELULUSKAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri



Kemaskini pada 2015-11-11 17:42:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor