Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Permohonan Pecah Bahagian Tanah

Permohonan Pecah Bahagian Tanah (Seksyen 142, Kanun Tanah Negara)

Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai pemilik tanah bersama, dipecah bahagian supaya terletak hak pada tiap-tiap seorang daripada mereka di bawah satu hakmilik yang berasingan. Walau bagaimanapun tidak semestinya setiap pemilik bersama diberikan hakmilik berasingan jika mereka masih ingin meneruskan pemilikan bersama dengan bahagiannya.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan. (Permohonan dikemukakan di Pejabat Tanah dan Daerah)
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 

CARA MEMOHON

  1. Mengisi tiga (3) salinan Borang 9B yang  ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat
  2. Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah
  3. 1 salinan ‘Memorandum and Article of Association’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat; berserta Borang 24 dan Borang 49 (disahkan oleh Setiausaha Syarikat)
  4. 12 salinan Pelan iaitu pelan kunci, pelan lokasi, dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen
  5. 12 salinan Pelan iaitu pelan kunci, pelan lokasi, dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen
  6. 1 salinan Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4C). (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
  7. 1 salinan Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa
  8. 1 salinan Hakmilik Tanah
  9. Surat persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

 *Permohonan PERLU dibuat Di Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat.

 

FI PERMOHONAN
(Bayaran adalah mengikut Kaedah Tanah Selangor)

 

KUASA MELULUSKAN

  • Pentadbir Tanah - Hakmilik Pejabat Tanah
  • Pengarah Tanah dan Galian - Hakmilik Pejabat Pendaftar


Kemaskini pada 2015-11-11 17:42:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor