Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Permohonan Lanjut Tempoh Bayaran Premium

PERMOHONAN LANJUT TEMPOH BAYARAN PREMIUM

Lanjut tempoh bayaran premium/premium tambahan adalah satu proses dimana satu caj tambahan dikenakan dikenali sebagai “interest charge” sepertimana biasa yang dikenakan oleh pihak bank terhadap semua kelewatan atau perlanjutan tempoh bayaran premium. Ianya adalah bertujuan khusus untuk memudahkan Pentadbir Tanah Daerah untuk memproses permohonan kelulusan yang berkaitan dengan perlanjutan tempoh pajakan, serahbalik dan berimilik semula, pemberimilikan dan tukar syarat kegunaan tanah dengan mengenakan caj tambahan 3% selaras dengan Pekeliling Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor Bil.3 Tahun 2008 melalui Borang 5A atau Borang 7G .

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah;
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 
CARA MEMOHON

  1. Salinan Borang 5A atau 7G
  2. Surat Permohonan yang mengandungi :-

 

  • Buti-butir pemohon
  • Butir-butir hakmilik tanah
  • Latar belakang permohonan Notis 5A atau 7G
  • Tempoh lanjut yang diberi
  • Tempoh lanjutan yang dipohon
  • Keputusan Pentadbir Tanah Daerah

 

KUASA MELULUSKAN

Kuasa perlanjutan tempoh bayaran premium/premium tambahan bagi Borang 5A atau 7G telah diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor sahaja mengikut ketetapan berikut :-

 

BORANG  5A

Pentadbir Tanah

  • Tiga ( 3 ) bulan (pertama)
  • Tiga ( 3 ) bulan (kedua)
  • Tiga ( 3 ) bulan (ketiga)
  • Tiga ( 3 ) bulan (keempat)

 

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor

  • Tiga ( 3 ) bulan (kelima)
  • Tiga ( 3 ) bulan (keenam)

 

BORANG 7G

Pentadbir Tanah

  • Enam ( 6 ) bulan (pertama)
  • Enam ( 6 ) bulan (kedua)

 

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor

  • Enam ( 6 ) bulan (ketiga)
  • Enam  ( 6 ) bulan (keempat)

* Permohonan melanjutkan tempoh bayaran premium/premium tambahan hendaklah dibuat  sebelum tarikh luput iaitu tiga ( 3 ) bulan bagi Borang 5A dan enam ( 6 ) bulan bagi Borang 7G berdasarkan Kaedah 6 ( 1 ) dan Kaedah 12 Kaedah Tanah Selangor 2003 .



Kemaskini pada 2015-11-11 17:42:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor