selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Serah Balik Dan Berimilik Semula

PERMOHONAN SERAH BALIK DAN BERIMILIK SEMULA TANAH  UNTUK TUJUAN TUKAR SYARAT TANAH (Seksyen 204B Kanun Tanah Negara)

Peruntukan di bawah Seksyen 204B KTN memberi pilihan tambahan kepada pemilik tanah yang memegang satu lot atau lebih lot-lot yang berdampingan samaada di bawah hakmilik kekal atau hakmilik sementara atau kombinasi kedua-duanya boleh memohon menyerah balik lot atau lot-lot berkenaan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan syarat bahagian tertentu tanah tersebut diberimilik semula kepadanya dalam unit-unit berasingan bagi tujuan tukar syarat beserta penyatuan atau pecah sempadan tanpa mendedahkan pemilik tanah kepada risiko kehilangan tanah apabila membuat penyerahan balik tanah.
 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pengarah Tanah Dan Galian Selangor.
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A)
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.
     

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 4 salinan Borang 12D yang lengkap ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah);
     
  2. 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat);
     
  3. Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
     
  4. 10 salinan pelan tapak asal (warna)
    •  mengandungi Pelan Kunci Lokasi dan pelan Tapak yang disenaraikan oleh Jururancang Bandar Bersekutu.
    • Pelan hekdaklah ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A.
       
  5. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad;
     
  6. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP);
     
  7. Ulasan-ulasan jabatan teknikal;
    • Pejabat Tanah Daerah - 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan   berbentuk A4 dan 1 unit ”soft copy” berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri untuk industri)
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
       
  8.  Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini; (sah laku dalam tempoh 6 bulan)
     
  9. Salinan resit cukai tanah tahun semasa;
     
  10. Salinan hakmilik tanah;
     
  11. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.
     
  12. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri.
     
  13. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital ”soft copy” berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point.
     
  14. Surat kelulusan terdahulu

FI PERMOHONAN

  1. Kurang daripada 1 hektar – RM50.00
  2. Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM100.00
  3. Lebih 10 hektar:
  • 10 hektar pertama – RM100.00.
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM10.00

KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor  (Pindaan)  2003

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)



Kemaskini pada 2015-11-11 17:25:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page