Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624
    PORTAL RASMI
PEJABAT TANAH DAN GALIAN,SELANGOR

Permohonan Rayuan Keputusan MMKN

RAYUAN KEPUTUSAN MMKN

Rayuan yang dikemukakan kerana tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali pengenaan premium, premium khas dan cukai tanah.

  • Pinda harga jualan
  • Pengecualian rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana/ pengecualian bangunan perniagaan harga rendah.
  • Menangguhkan penyediaan Rumah Kos Rendah
  • Permohonan pengecualian bayaran caruman parit.
  • Mengalihkan / Memindahkan Pembinaan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana.

 

BAGAIMANA MEMOHON

  • Dibuat melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A);
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

 

CARA MEMOHON

  • Kemukakan surat rayuan kepada Pengarah Tanah Dan Galian Selangor lengkap dengan alasan-alasan atau sebab mengapa syarat-syarat kelulusan MMKN perlu dipinda.
  • 1 salinan ‘Memorandum And Article Of Association’ beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  • Maklumat Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  • 1 salinan surat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdahulu berserta pelan Kebenaran Merancang (KM) dan pelan Pra-hitungan.
  • Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan (berdasarkan senarai semak yang disediakan).

 

Permohonan pinda harga jualan, sila senaraikan harga jualan yang dicadangkan.

  • Dapatkan ulasan daripada Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH).
  • Dapatkan Gross Development Value (GDV)
  • Dapatkan Gross Development Cash (GDC)
  • Dapatkan Return of Investment (ROI)

 

Permohonan pengecualian rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana/ pengecualian bangunan perniagaan harga rendah.

  1. Nyatakan cadangan pembangunan dan harga jualan yang dicadangkan.
  2. Dapatkan ulasan daripada:
  • Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD);
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMG) atau
  • Ikram (untuk tanah tinggi dan kecerunan);
  • Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS

 

Permohonan menangguhkan penyediaan Rumah Kos Rendah

  • Dapatkan ulasan daripada
  1. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Permohonan pengecualian bayaran caruman parit.

  1. Dapatkan ulasan daripada Jabatan pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS)

 

FI PERMOHONAN

  • RM 50.00 permohonan kali pertama.
  • RM 100.00 permohonan kali kedua dan seterusnya.

 

KUASA MELULUSKAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).



Kemaskini pada 2015-11-11 17:23:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

eTanah Pemudah INSTUN INTANBK KPTG JPA Mampu MSC NRE Malaysia Government Selangor Government e-zakat
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Tel: +603 5544 7000
Talian Bebas Tol : 1 800-88-2624  
Faks: +603 5510 2658
Email: ptgs@selangor.gov.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 Pejabat Tanah dan Galian Selangor