selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

CARIAN DAFTAR MAKLUMAT STRATA (STRATA ROLL)

PERMOHONAN

Permohonan bagi Carian Daftar Maklumat Strata perlu melalui Sistem Smartbox di pautan smartbox.selangor.gov.my dan pilih menu Carian Maklumat Pemilik Petak (Strata Roll) dengan mengisi borang mengikut arahan yang tertera.

 

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

  1. Badan Pengurusan Bangunan (JMB)

JMB perlu mendaftar di dalam Sistem Smartbox menggunakan 2 id berasingan di bawah ID Syarikat/Firma dan ID Penyerah.

Atau;

  1. Individu

Mana-mana individu boleh mendaftarkan diri menggunakan ID individu untuk membuat permohonan ini.

 

BAYARAN

Bayaran bergantung kepada jumlah unit di dalam bangunan. Sila masukkan jumlah harga semasa mengisi borang permohonan Smartbox mengikut kiraan seperti di bawah:

  1.  1 – 30 (RM30 minimum)- cth: RM30 bagi 25 jumlah petak
  2.  31-500 (mengikut jumlah petak)- cth: RM123 bagi 123 jumlah petak
  3. 501- ke atas (RM500 maksimum)-cth: RM500 bagi 678 jumlah petak

 

PROSES PERMOHONAN

Pemohon perlu mencetak Borang Serahan Dokumen berserta Resit Bayaran dan dikepilkan bersama Surat Iringan Permohonan Syarikat/Firma sebelum dimasukkan ke dalam Kiosk Perserahan Strata di Tingkat LG atau Tingkat 1. Pemohon akan dimaklumkan melalui panggilan telefon/emel dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh perserahan di kiosk.


Kemaskini pada 2023-07-13 09:09:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page