selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian TaskForce Dan Penyelidikan - Pengenalan (Objektif + Fungsi )

PENGENALAN

Bahagian Task Force dan Penyelidikan adalah sebuah unit baru yang secara rasminya ditubuhkan bulan September tahun 2012 di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS). Ia terdiri daripada 4 orang pegawai yang mempunyai latar belakang teknikal yang berbeza seperti Pegawai Undang-Undang L48, Pegawai Tadbir N41, Pegawai Penilaian W44 dan Juruukur Bahan J44. Unit ini dibantu oleh 2 kakitangan sokongan yang terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah NT27 dan Pembantu Tadbir N17.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Mengawal selia dan dan memantau aset Kerajaan Negeri (Tanah Kerajaan).
  • Mengenalpasti potensi projek pembangunan di atas tanah kerajaan dari segi perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos projek.
  • Mencadangkan dan membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam membuat pertimbangan ke atas projek pembangunan di atas tanah kerajaan.
  • Membantu Pejabat Tanah dan Galian Selangor dalam aspek teknikal berkaitan perancangan bandar, penilaian tanah dan pengurusan kos projek.
  • Memastikan kemantapan, keseragaman dan perlaksanaan pentadbiran tanah menepati garis panduan dasar-dasar tanah di  Negeri Selangor

 

FUNGSI BAHAGIAN

  •  Melakukan siasatan tanah, pemantauan dan penyeliaan secara rapi dari masa ke semasa aktiviti-aktiviti di kawasan zon tanah jajahan Kerajaan Negeri agar kepentingan hak Kerajaan Negeri ke atas tanah negeri terpelihara.
  • Membuat pengawalan dan pemantauan maklumat GIS aset Kerajaan Negeri Selangor (Tanah Kerajaan) (Selangor Land Information Sistem - SELIS).
  • Menjalankan siasatan dan khidmat teknikal dari perspektif perancang bandar bagi projek pembangunan di atas tanah kerajaan.
  • Membantu dalam mengenalpasti Anggaran Kasar Nilaian Tanah diperingkat awal untuk pengiraan premium tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Menyediakan inventori tanah-tanah yang telah dilucut hak menjadi tanah kerajaan.
  • Membuat semakan dan nasihat perundangan atas arahan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri dari aspek pentadbiran tanah dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan kertas kajian tanah dari aspek perundangan dan mengeluarkan pandangan/pendapat yang bermanfaat selaras dengan perundangan tanah negeri
  • Membuat semakan kepada dasar pentadbiran tanah merujuk kepada Pekeliling dan Arahan PTGS atas arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dari semasa ke semasa
  • Memelihara kepentingan kerajaan Negeri dalam mengetahui nilaian semasa harta tanah bagi Negeri Selangor.
  • Memberi perkhidmatan perundingan dalam aspek kajian kemungkinan, pengurusan harta, pelaburan harta ,perejenan harta dan membantu Pejabat Kewangan Negeri dalam melaksana polisi berkaitan harta tanah.

Kemaskini pada 2019-05-08 11:20:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page