selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Hakmilik Strata - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Bahagian Hakmilik Strata Pejabat Tanah Dan Galian Selangor  ditubuhkan  pada tahun 2002.  Terletak di Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40000  Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.  Diketuai oleh Encik Mohd Alihanafi Bin Mohd Yunus,  Ketua Penolong Pengarah M48 dan dianggotai oleh 79 orang kakitangan yang terdiri dari berbagai jawatan tetap dan kontrak .

‘Strata’ membawa maksud hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot di mana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS).  Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.

 

Objektif :-

  1. Memastikan permohonan dan pengeluaran Hakmilik Strata diproses dengan cepat, tepat dan berkualiti.
  2. Memberi perkhidmatan, pendaftaran Hakmilik Strata dan suratcara untuk urusniaga dan bukan urusniaga yang cekap, cepat dan berkualiti kepada pelanggan.

 

 Fungsi :-

  1. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan di bawah Seksyen 10, Akta Hakmilik Strata 1985
  2. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan yang mengandungi Blok Sementara di bawah Seksyen 10A, Akta Hakmilik Strata 1985
  3. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan yang memerlukan permit ruang udara di bawah Seksyen 75A, Kanun Tanah Negara 1965
  4. Permohonan Pecah Bahagi Bangunan yang melibatkan Pinda Syarat Nyata Tanah Di Bawah Sub Seksyen 124(1)(c) Kanun Tanah Negara 1965
  5. Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Strata Berkomputer mengikut mengikut Jadual Ke 5 Akta Hakmilik Strata 1985
  6. Pengeluaran Sijil Perakuan Perbadanan Pengurusan di bawah Seksyen 39 Akta Hakmilik Strata 1985
  7. Permohonan Penamatan Pecah Bahagi Bangunan di bawah Seksyen 57, Akta Hakmilik Strata 1985
  8. Permohonan Penyatuan atau Pecah Petak di bawah Bahagian V, Akta Hakmilik Strata 1985
  9. Permohonan dan Pengeluaran Permit Ruang Udara di bawah Seksyen 75E Kanun Tanah Negara
  10. Perdaftaran Perserahan Urusniaga dan Bukan Urusniaga Hakmilik Strata Berkomputer
  11. Penyelesaian Hakmilik Strata
  12. Pengeluaran Sijil Formula Unit Syer (SiFUS)

Kemaskini pada 2019-02-13 15:24:29 daripada Johan

  •  
  • Print
  • Email this page