selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Bahagian Korporat & Audit Pengurusan Tanah - Pengenalan (Objektif + Fungsi)

Pengenalan

Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah bertanggungjawab dalam urusan sokongan kepada perkhidmatan utama di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Bahagian ini terdiri daripada 8 orang kakitangan dan dibahagiakan kepada dua unit utama iaitu Unit Korporat dan Unit Audit Pengurusan Tanah. Unit Korporat bertanggungjawab dalam melaksanakan tiga fungsi utama iaitu Penyelarasan Korporat, Komunikasi Korporat dan Penyelarasan Aduan. Unit Audit Pengurusan Tanah bertanggungjawab menyelaras dan menyeragam pengauditan tanah.

Objektif Bahagian

Memberikan perkhidmatan yang berkesan dan sistematik berkaitan perkhidmatan pengauditan pengurusan tanah, pelaporan, penyediaan maklumbalas dan aduan awam yang memerlukan koordinasi di antara bahagian-bahagian di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor kepada pelanggan.

Fungsi Bahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah

Unit Penyelarasan Korporat

  1. Menyelaras dan menjadi urusetia Mesyuarat berkala;
  2. Mengendali dan menyelaras penyediaan jawapan pertanyaan mulut/bertulis Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor;
  3. Menyelaras dan memuktamadkan urusan Jawatankuasa Teknikal Penandaan dan Pengukuran Sempadan  Antara Negeri Selangor dengan Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya;
  4. Menyelaras/ menyediakan maklum balas Minit Mesyuarat berkala/ tidak berkala mengikut kategori segera/ mingguan/ bulanan berdasarkan  tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan/ Agensi yang berkenaan;
  5. Menyediakan Laporan Bulanan Bahagian Korporat; dan
  6. Menyelaras, mengemaskini dan mendokumentasi maklumat Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor; dan
  7. Menyelaras dan menjadi urus setia bagi Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (JKPPTRM)
 

Unit Komunikasi Korporat

  1. Mengambil, menerima, merekod dan mengedarkan cabutan keputusan MMKN/ MTES kepada bahagian-bahagian yang berkenaan;
  2. Menyelaras penyediaan Laporan Tahunan PTGS;
  3. Menyelaras Penyediaan Buletin PTGS secara berkala;
  4. Menyelaras dan menjadi urusetia bagi program-program rasmi Jabatan/ Lawatan Kerja ke PTGS;
  5. Menyelaras isi kandungan akaun Media Sosial Jabatan; dan
  6. Menyelaras pendokumentasian bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, projek, aktiviti, majlis rasmi melalui foto/ rakaman video.

 

Unit Penyelarasan Aduan

  1. Menyelaras, memantau dan menyediakan maklumbalas aduan yang diterima oleh Bahagian Korporat melalui STARS, SISPAA, telefon, Talian Bebas Tol, e-mel, surat dll;
  2. Mengumpul, merekod keratan akhbar yang melibatkan Pentadbiran Tanah Negeri Selangor dan menyediakan jawapan berkaitan;
  3. Menyediakan Laporan Bulanan Aduan Awam;
  4. Menyelaras penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Peringkat PTGS/ KAB/ KABB;
  5. Menyelaras bagi penyertaan kempen luaran;
  6. Menyelaras dan menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Aduan Awam Peringkat Jabatan;
  7. Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan;
  8. Memantau maklumbalas kajian pelanggan; dan
  9. Menyelaras Penyediaan Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan untuk dimasukkan dalam Portal.

 

Unit Audit Pengurusan Tanah

  1. Menyelaras dan menjadi Jawatankuasa Bersama Audit Pengurusan Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor;
  2. Menyelaras penyediaan, pelaksanaan dan menjalankan Program Auditan ke Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor secara berjadual sepanjang tahun serta memastikan jadual dipatuhi;
  3. Menyelaras menyediakan deraf semakan semula senarai semak bagi tujuan Program Auditan Luar ke Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor;
  4. Mengkaji sistem-sistem dan prosedur pentadbiran tanah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi dan berkesan;
  5. Menyemak pematuhan kepada undang-undang, peraturan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang berkuatkuasa berkaitan pentadbiran Tanah;
  6. Menyelaras penyediaan laporan lawatan audit pengurusan tanah kepada PTGS, PTD dan SUK;
  7. Menyelaras, menyemak penyediakan Laporan Audit Jabatan untuk dikemukakan kepada Seksyen Audit Pengurusan dan Pemantauan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG);
  8. Memberi perkhidmatan nasihat kepada pejabat-pejabat pentadbiran tanah negeri berkaitan dengan pentadbiran dan perundangan Tanah;
  9. Menyemak semula laporan dan pemerhatian audit yang dibangkitkan oleh jabatan audit negara, audit dalam SUK dan Audit JKPTG;
  10. Menyelaras/ menjalankan siasatan dan lawatan tapak bagi kes-kes aduan berkaitan tanah; dan
  11. Menyelaras penaiktarafan status tanah di seluruh Negeri Selangor di bawah Seksyen 11(a)(c)(d) KTN 1965.

Kemaskini pada 2019-01-15 11:13:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page